hai...saya mama hiburan..selamat datang

hai...saya mama hiburan..selamat datang

SATELIT MAMA

Selamat Datang ke dunia hiburan satelit percuma mama hiburan di SATELIT MAMA.

Bersama rakan setugas...

1)MAMA TSUNAMI- ruangan mengkritik n mengutuk. Dia ni memang tak takut. Kaki mengutuk, mengkritik, kaki mengumpat kaki meng adu domba serah kat dia lah. Belom berkahwin tapi tahi lalat di hidung makin membesar.

2)MAMA JELLY- pemberita bertugas sepupu karam singh wallia. Wan Zaleha Radzi adalah idola nya sebelum bertukar pada Karam singh. Suka make up, gedik tapi tak suka pakai seluar celana. Mencintai Zaibo.

3)MAMA TAUGEH- Compile segala carta top ngetop. Dia ni memang ratu carta. Hari2 kerja dia buat carta hampir setiap kategori. Dah jadi janda 7x.

4)MAMA INTAN PAYUNG- ruangan wanita muslimah. Pemalu, pendiam, lemah lembut dan sopan bersantun tapi suka ber shuffle di bukit bintang.

5)MAMA CILI API- ruangan apa lagi kalau bergossip. Segala cerita dia relevan kan,dia konspirasikan, imaginasikan,post mortem kan, inter frame kan dan menghubung kait kan. Memang kelas dia ni. Badan kecik tapi mulut ya ampun besar.


Apa apa pun Anggapan mu ehh anggap lah satelit mama ni sebagai hiburan ringan2 bersantai2 bersama diri masing2 di dunia fana yang stress ni.


Akhir kata dari MAMA HIBURAN sebagai ketua editor kami ni tak suka mengorek, kami sekadar melapur lagi pun mama ni sekadar di pinggiran ehh mama ni hanyalah bloggers mee segera aje. Huhuhu...


Daaa....

Pages

Friday, April 2, 2010

KOMEN PELAJAR LELAKI AF8 (MINGGU 3)

Bagi mama.....Tahun ni pelajar semua best2 perangai, happenin,setiakawan dan tak over sangat. Standard lah tu budak2 muda kan. Dan boleh di katakan semuanya ada pakej terutama Iwan, Adira, Alif dan lain2. Yang girls semua cantik cantik, cute dan sweet. Tak der yang perasana diva, poyo, kaki gaduh, gatal dan kaki jelez. Ok lah tu.

Ok ini komen mama dan survey mama mengenai pelajar lelaki setakat 3 minggu ni.

1)SHAHIR

Dari Perak ni nampak macam sedikit pemalu tapi tak lah sangat mungkin ala ala maintain kot kerana status latar belakang familinya yang agak islamik tetapi nak masuk dunia ni kena lah buang malu dan buang tembok pemisah diri tu kerana SHAHIR kelihatan kaku sangat atas stage. Suara boleh tahan dan rupa pun ada...tetapi personaliti dia ok dan sesuai cuma perlu buang rasa malu di atas stage.
Tengok lah Michael Jackson kan pemalu bila bercakap tapi bila atas stage terus berubah laku.Peminat dan pengundi nya di kesan oleh mama jelly mendapati ramai muslimah2 di IPTA2 islamik, mak cik2 dan para2 mama sopan.

2)ALIF

Suara kelas, wajah handsome dan ada gaya tersendiri. Biarlah orang nak kata apa tapi Alif di lihat sangat berpotensi walau peluangnya di AF8 tidak begitu cerah..pernah berada di zon bahaya.
Kelemahannya adalah beberapa low note(kelas mama dah macam deja moss forward ni) dan tone placement....wahh gitu. Tapi gaya di diary dan konsert menyerlah. Boleh pergi jauh jika dapat komposer kulit hitam. Suara RnB dan jazz.

3)DAUS

Cute dan ramai pompuan dak sekolah yang vote. Suara manja dan komersil tapi sangat berbakat sebenarnya budak ni kerana pandai main gitar dan cipta lagu. Rasanya akan lebih menjadi jika lepas ni buat boy band or group.
Tapi kena lah buang nervous dan muka menggeletar tu dik oi. Personality ada dan cun.

4)IWAN

Wah terus di gelar idola baru remaja nih. Very the product KRU. Komersil value sangat tinggi. An instant eye catchers. Cute(tak lembut), happenin dan bijak. Pelajar lelaki yang paling menyerlah bukan saja rupa tetapi bakat, vokal, persembahan yang dah 3 minggu berturut2 konsisten.
Selamba dan persis Akim, minors the panas baran Akim lah. Cuma Iwan tak nampak se ghairah Akim dalam seni di mana Akim nampak meluap2 manakala Iwan lebih cool dan cepat study sesuatu perkara. Cepat teriama, belajar dan merealisasikannya.
So far so good.
Ramai peminat perempuan tua muda dan adiks2 dan jantan jantan futsal dan scooties pun suka dia termasuk datins2 dan the datuks2 hah jeng jeng jeng....
Iwan akan memberi Adam, Dafi dan Akim sedikit pecahan duit dan peluang.
Bakal ke final tapi tak komfom juara walau tak mustahil dia juara jika Adira or Alif or Shahir buat kejutan.
Setakat ini Adira adalah pencabar terkuat Iwan dan yang ironinya Adira kena berkerja sangat keras untuk mencapai ke tahap terkini di minggu ke 3 tapi Iwan terus meletup di minggu pertama lagi.

Memang pelajar wanita kena bekerja sangat kuat untuk membuktikan mereka hebat untuk dapatkan undian rakyat malaysia seperti Mila dan Stacy dulu dan bila mereka juara, mereka masih kekal kerana benar2 berbakat dan berusaha. Cuba fikir di manakah Zahid, Faizal, Ebi,Nubhan dll sekarang.

5)MAULANA

Maulana ni vokal dan persembahan memang best dari minggu pertama lagi tetapi ada sesuatu yang buatkan dia kureng di sukai pengundi kerana dah 2 minggu berturut2 di zon bahaya.
Mari mama ungkaikan.
Mungkin sifatnya di diari yang kurang menarik kerana cuba perhatikan perangainya seperti kita di pejabat atau di kolej(mama masuk kolej ke). Dalam ramai2 mesti ada sorang yang terlebih kecoh, kepoh, sibuk2 dan over sedikit. Dan selalunya kita akan rimas bila orang macam ni ada dengan kita kan. Itu lah yang mama dengar tentang komen2 orang tentang Maulana.
Pakaian dan muka di diary juga kekadang selekeh. Di tambah kuat yang amat menangis, over la pulak so undi dari jantan mahupun perempuan kurang kepadanya.

6)SHAH

Mama sangat marah bila orang kata dia tersingkir kerana dia gemok dan tak der pakej. HELLO dah AF8 ini lah kali pertama pelajar gemok tersingkir first ok. sEBElum ni Bob, sahri, fuad, Aizat, velvet,stanley dll keluar lewat malah ada yang tak terkeluar.
So masalah Shah adalah personality nya di diary tak menarik peminat di samping tiada aura tersendiri. Shah terlalu biasa dan boring to look.

Ok lah next mama komen pasal the girls lak eh k...mama nak nyanyi jap...

Aaaaku...tak percaya..cinta..aku tak percaya cinta..C. i. N. T. A

2 comments:

  1. nubhan ada je.......apa laa mak cik nie..x fokus kt dunia hiburan

    ReplyDelete
  2. ala nubhan tu macam suam suam kuku aje. kejap ada kejap tak der.....

    ReplyDelete