hai...saya mama hiburan..selamat datang

hai...saya mama hiburan..selamat datang

SATELIT MAMA

Selamat Datang ke dunia hiburan satelit percuma mama hiburan di SATELIT MAMA.

Bersama rakan setugas...

1)MAMA TSUNAMI- ruangan mengkritik n mengutuk. Dia ni memang tak takut. Kaki mengutuk, mengkritik, kaki mengumpat kaki meng adu domba serah kat dia lah. Belom berkahwin tapi tahi lalat di hidung makin membesar.

2)MAMA JELLY- pemberita bertugas sepupu karam singh wallia. Wan Zaleha Radzi adalah idola nya sebelum bertukar pada Karam singh. Suka make up, gedik tapi tak suka pakai seluar celana. Mencintai Zaibo.

3)MAMA TAUGEH- Compile segala carta top ngetop. Dia ni memang ratu carta. Hari2 kerja dia buat carta hampir setiap kategori. Dah jadi janda 7x.

4)MAMA INTAN PAYUNG- ruangan wanita muslimah. Pemalu, pendiam, lemah lembut dan sopan bersantun tapi suka ber shuffle di bukit bintang.

5)MAMA CILI API- ruangan apa lagi kalau bergossip. Segala cerita dia relevan kan,dia konspirasikan, imaginasikan,post mortem kan, inter frame kan dan menghubung kait kan. Memang kelas dia ni. Badan kecik tapi mulut ya ampun besar.


Apa apa pun Anggapan mu ehh anggap lah satelit mama ni sebagai hiburan ringan2 bersantai2 bersama diri masing2 di dunia fana yang stress ni.


Akhir kata dari MAMA HIBURAN sebagai ketua editor kami ni tak suka mengorek, kami sekadar melapur lagi pun mama ni sekadar di pinggiran ehh mama ni hanyalah bloggers mee segera aje. Huhuhu...


Daaa....

Pages

Sunday, April 25, 2010

REVIEW MAMA PADA KONSERT AF8 MINGGU KE 6 (lelaki)

Wah...wah...wah...hai.....

Mama benci mama benci mama benciiiiiii tengok jimmy tu bila la nak di tukar or berubah huhuhu ahh klupakan...mama nak review ni syyyyhhhhh......

IWAN NEGRI SEMBILAN

pELAJAR YANG malas malas malas malaaaaas....entah lah. Masa mula2 dulu dia yang paling menonjol dan kreatif ye la di tambah2 dengan darah campuran cina tapi aleh aleh dah jadi malas pulak, cina selalu rajin. Hmmm...dah campur noks. Mama rasa dia ni terkena sindrom ego n tergugat dengan Maulana.

Kerana mula2 dulu Iwan yang di puja puji di tambah dengan ke jambu an nya tu dan biasa lah pada peringkat umur sedemikian walau di mana pun seperti di kolej ke, sekolah pondok ke atau di pejabat ke ataupun di padang bola...bila ada seorang lelaki hensem di puja puji, dia akan rasa bangga dan perasan di antara teman2nya yang lain dan tiba2 bila ada seorang lelaki lain pula datang dengan pakej yang hebat juga malah di puja puji mengalah kan dia, dia akan rasa jelez dan tercabar. Ada dua pendekatan yang akan di ambil. ( WAH MAMA ALA2 PAKAR SAIKOLOGI NI) Ehh mama pernah mabik course taw. Ok..... So 1) Sama ada dia akan melawan dan buat lagi bagus atau ke 2) Dia akan mengalah dan tidak bersemangat lagi dan biarkan saja yang baru tu terus dapat attention.

Dan itu lah yang di buat Iwan. Nyayiannya dan persembahan nya sangat malas dan macam tak berkuasa nak bertanding dan nak cepat2 keluar nak masuk tv, drama ke majalah je jonon ingat dah ramai peminat bila tengok org terjerit2 kat dia dalam dewan tu. Hmmm satu sifat yang lemah dan tidak wajar di contohi.

Mama suka dia terutama bibir dia tu, mama sangguplah di gigit tabuan baru2 ni tapi di gigit kat pinggul mama pulak langsung tertonggek.

Anyway harap Iwan ubah sikap dan pendekatan jika nak maju.

PROSPEK: 1) MUNGKIN TETAP DI AMBIL OLEH KRU STUDIOS.
2) Mungkin berlakun la sikit2 dalam drama terbitan astro.


DAUS SARAWAK

Cute dan jambu macam Iwan. Dapat undian free macam Iwan dek wajah jambu dari the girls. Beza Daus dengan Iwan ialah:

Suara Iwan lagi sedap dari Daus.
Iwan walaupun boncit tapi lebih tinggi dari Daus

TETAPI

Daus lebih rajin dan lebih berusaha dari Iwan.
Daus lebih ghairah di pentas dari Iwan.

Cuma masalah Daus ialah dia selalu tersalah direction. Selalu over do lagu dan showmanshipnya. Terlebih hyper dari lagu dan itu bermakna Daus tak feel lagu tetapi cuma excited dan lebih ghairah untuk perform. Expressi wajah Daus selalu tak kena dengan lagu dan sering membuat gesture movement yang salah dan tak tepat.

Tone placement tak kena dan sering tak forward vokal. Wah gitu!!

Iwan dan Daus kena tunjuk ajar ala tentera ke atas mereka dan orang yang paling sesuai ialah Ramli MS dan Tiara jacquelina.

Tak pasti DAUS DAN iWAN AKAN MASUK final ke tak. Bergantung kepada nasib dan undian THE GIRLS.

PROSPEK: Boleh buat boyband bergabung dengan Iwan dan Dafi.


SHAHIR PERAK

Had ni mama suka jugak kerana hensem dan jantan pemalu tapi lucu. Mama geram dgn juri2 minggu lepais kritik shahir nyanyi lagu papa rock tu. Huhuhuhu...mama ingat akan melahar tapi mdia yang kene lahar. Kesian mama tengok muka dia macam nak nangis langsung dah tak kisah lagi dah dgn lagu insaf2 tu rasa macam nak cabut rambut Syafinaz.

Depa ni ajaq salah kat Shahir ni. Ajar la segala rasa, merangkak sampaI kene rejam dgn Que ni segala bagai tapi tetap gagal. Ogy akan suka n puji Shahir semalam. Kerana mama tahu kenapa, apa yang Shahir buat tu ialah very teater sangat. Sapa suruh teresak2 atas tu macam zaman2 Noor kumalasari nyanyi sampai ber air studio rtm dulu nih. Ni pertandingan nyanyian noks.
Sepatutnya depa kena ajar dia how to kawal vokal dan hebatkan vokal dia la lagi agar memukau penonton dan penonton sendiri yang akan nangis. Silap strategi. Cian Shahir.

Tapi mama puji dia..sangat rajin, dedikasi, tak over dalam diari, humble dan suka menolong dan tak perasan. Ada sedikit ciri2 Faizal Ramly. Vokal jantan cuma perlu kuatkan lagi keyakinan diri dan keyakinan diri di samping personality menarik. Shahir kena usaha dan terus perbaiki personality dan kuatkan vokal. Salah salah cara ajar team Norman. Norman KRU pulak nampak macam kedekut ilmu. Tiara lagi bagus.

Ada kemungkinan juara, top 3 dan pasti ke final. Shahir sedang no 1 sekarang dan di umpamakan sebagai pengganti Mawi bagi muslimah2 desa.

PROSPEK: Boleh menjadi artis yang baik walaupun ada kemungkinan would end up macam karier sepi Ebi, Faizal, Aswad, Felix, Haziq dan Lotter walau ke final. Terpulang kepada rezeki nya jika bijak mencari ruang selepas ini.

MAULANA JOHOR

Maulan ni bagus student, rajin dan selalu usaha menjadi terbaik walau mama sedikit kurang suka dia tapi persembahan, komitmennya dan kerajinan nya menjadi dan menyerlah di pentas.

Dia kurang hensem dan sebab itu lah bukan pilihan otomatis pengundi dan the girls di tambah dengan sikap kuat menangis tersedu sedan mengalahkan Neng Yatimah...mula2 mama ingat dia cucu Neng Yatimah tapi rupanya anak S Mariam.

Tapi showmanship dan vokal menarik hya sering menyelamatkannya dari tersingkir. Bagus student walau ada kekadang nampak macam poyo sedikit tapi ok ok je tak lah melampau sangat.

Kekurangannya ialah gaya. Maulana memang tiada gaya umpama Ramlah Ram aiyo kesian dia macam macam mama kata kat dia. Iya noks dia tu macam apa org bagi dia pakai tapi macam tak kena dan tak sesuai..nak kata kampung tak jugak dia kan dari Johor. Tapi entah lah itu memang kekurangannya yang terbesar. Dan bila menari walaupun dia pandai menari tapi nampak lucu dan tak stylo macam Adam or Stacy. Entah lah cian Maulana tapi itu kelemahan ketaranya iaitu tak de gaya dan busana macam tak kena.

Sebab itu lah dia sering di zon bahaya kerana kurang peminat walau show baaguz.

PROSPEK: Bakal juara atau top 3 atau final.
Tapi nasib nya selepas terkeluar kurang pasti walaupun beliau seorang versatil tapi nasibnya di jangka seperti Zahid atau Kaer atau Khai je kot. Suam suam sejuk. Ramalan mama je noks. Beliau tak se komersil Akim dan Aril.

SEKIAN. Ini hanya pandangan dan jangan lah kecil hati k....

No comments:

Post a Comment