hai...saya mama hiburan..selamat datang

hai...saya mama hiburan..selamat datang

SATELIT MAMA

Selamat Datang ke dunia hiburan satelit percuma mama hiburan di SATELIT MAMA.

Bersama rakan setugas...

1)MAMA TSUNAMI- ruangan mengkritik n mengutuk. Dia ni memang tak takut. Kaki mengutuk, mengkritik, kaki mengumpat kaki meng adu domba serah kat dia lah. Belom berkahwin tapi tahi lalat di hidung makin membesar.

2)MAMA JELLY- pemberita bertugas sepupu karam singh wallia. Wan Zaleha Radzi adalah idola nya sebelum bertukar pada Karam singh. Suka make up, gedik tapi tak suka pakai seluar celana. Mencintai Zaibo.

3)MAMA TAUGEH- Compile segala carta top ngetop. Dia ni memang ratu carta. Hari2 kerja dia buat carta hampir setiap kategori. Dah jadi janda 7x.

4)MAMA INTAN PAYUNG- ruangan wanita muslimah. Pemalu, pendiam, lemah lembut dan sopan bersantun tapi suka ber shuffle di bukit bintang.

5)MAMA CILI API- ruangan apa lagi kalau bergossip. Segala cerita dia relevan kan,dia konspirasikan, imaginasikan,post mortem kan, inter frame kan dan menghubung kait kan. Memang kelas dia ni. Badan kecik tapi mulut ya ampun besar.


Apa apa pun Anggapan mu ehh anggap lah satelit mama ni sebagai hiburan ringan2 bersantai2 bersama diri masing2 di dunia fana yang stress ni.


Akhir kata dari MAMA HIBURAN sebagai ketua editor kami ni tak suka mengorek, kami sekadar melapur lagi pun mama ni sekadar di pinggiran ehh mama ni hanyalah bloggers mee segera aje. Huhuhu...


Daaa....

Pages

Monday, April 5, 2010

HEBATNYA SITI, JATUHNYA MAWI

WAH WAH WAH......mama sangat gembira terlonjak lonjak macam lepas jaringkan gol kat futsal je bila Dato Siti meniang....auw suka mama. TAHNIAH DATO T.

Siti memang satu2nya artis contoh kepada kita semua di bidang hiburan mahupun pada kehidupan harian kita di lain latarbelakang. USAHA, TAK SOMBONG, KREATIF, BIJAK, MERENDAH DIRI, BERBUDI PEKERTI DAN SENTIASA BERSYUKUR adalah ciri2 yang Siti ada samada dia sendiri sedar ataupun tidak tapi itulah Siti Nurhaliza. Dia umpama Madonna Malaysia yang lebih sopan lah kerana beliau sentiasa move on, cari benda baru, composer baru, berani dan yakin dengan diri dan prinsipnya. Dari menggunakan nama penuh hinggalah tak mahu bergambar dengan jantan, tak mahu skirt, tak mahu bergambar tepi kolam renang, tak mahu berlakun walau di offer satu juta adalah contoh ketegasan siti pada prinsipnya.

Yang lain2 tak payahlah mama cerita semua orang tahu. Cerita Siti umpama satu hikayat or lagenda yang akan di turun temurunkan kehebatannya. Tidak dengki, tidak tamak, tidak kedekut senyum dan ilmu di samping sentiasa bersabar adalah sifat yang mulia dalam islam. Mama pun cuba jadi seperti Siti hahahah.

Siti dari zaman Adnan, dia cepat menukar komposer dari seorang ke seorang menggunakan trend dan musim terkini seseorang komposer itu. Di situlah kebijaksanaan Siti dan sekaligus membuktikan versatalitinya. Bila Aubrey suwito naik, Siti approach dia, Begitu juga bila Melly, bila Audi Mok naik, dia approach dan sekarang tgh zaman indie, Ct berani berduet dgn Azlan meet uncle hussein sekaligus mengumpulkan peminat muda yang baru dan begitu juga bila CT mendekatkan diri dengan 2 artis berbakat besar iaitu Aizat dan Faizal Tahir. Ct memang born bijak dan stratergists. Ct juga pernah bekerjasama dgn KRU, Too phat, KD dan lain2.

iTU SEMUA MEMBUATKAN CT sentiasa baru dan refresh dan peminat baru2 akan terpesona padanya. SYABAS CT DAN TEAMNYA SNP. BBayangkan hingga kini masih belum tergugat. Datanglah segala Dayang, misha, jaclyn,adibah, mila dan Stacy..ct tetap unggul.

Tak tahulah kenapa ada orang2 yang dengki dengan dia mengatakan ct patut beri peluang lah, beri laluan, hello..... ini adalah pertarungan terbuka, siapa bagus dialah terunggul.

DAN PADA MAWI TU....henti2 kanlah hidup dalam fantasi. Cuba lah berusaha, belajar, jangan sombong, belajar vokal, belajar pr dan perbaiki diri dgn mencontohi sifat2 yang bagus. Jangan lah cepat berpuas hati dan malas belajar. Tengoklah ct dari hari ke hari vokalnya makin mantap.
Jangan lah MAWI menuduh kononnya dah sampai masa jatuh or mengeksploitasi pepatah roda berputar satu hari jatuh juga. Jika jatuh pun biarlah jatuh bermaruah. Bukan jatuh kerana sifat alpa anda dan produk yang semakintiada kualiti dan tidak berkembang.

Mama teringat masa dulu2....Dulu masa belum popular Siti pernah berniaga kuih ke nasi lemak di flatnya di Kuala Lipis tapi Mawi pula sedang tidur berbaring di rumahnya bila team Astro datang untuk ke AF3.

Bak kata Nabil.....ko pikirla sendiri nyah!!!!

No comments:

Post a Comment