hai...saya mama hiburan..selamat datang

hai...saya mama hiburan..selamat datang

SATELIT MAMA

Selamat Datang ke dunia hiburan satelit percuma mama hiburan di SATELIT MAMA.

Bersama rakan setugas...

1)MAMA TSUNAMI- ruangan mengkritik n mengutuk. Dia ni memang tak takut. Kaki mengutuk, mengkritik, kaki mengumpat kaki meng adu domba serah kat dia lah. Belom berkahwin tapi tahi lalat di hidung makin membesar.

2)MAMA JELLY- pemberita bertugas sepupu karam singh wallia. Wan Zaleha Radzi adalah idola nya sebelum bertukar pada Karam singh. Suka make up, gedik tapi tak suka pakai seluar celana. Mencintai Zaibo.

3)MAMA TAUGEH- Compile segala carta top ngetop. Dia ni memang ratu carta. Hari2 kerja dia buat carta hampir setiap kategori. Dah jadi janda 7x.

4)MAMA INTAN PAYUNG- ruangan wanita muslimah. Pemalu, pendiam, lemah lembut dan sopan bersantun tapi suka ber shuffle di bukit bintang.

5)MAMA CILI API- ruangan apa lagi kalau bergossip. Segala cerita dia relevan kan,dia konspirasikan, imaginasikan,post mortem kan, inter frame kan dan menghubung kait kan. Memang kelas dia ni. Badan kecik tapi mulut ya ampun besar.


Apa apa pun Anggapan mu ehh anggap lah satelit mama ni sebagai hiburan ringan2 bersantai2 bersama diri masing2 di dunia fana yang stress ni.


Akhir kata dari MAMA HIBURAN sebagai ketua editor kami ni tak suka mengorek, kami sekadar melapur lagi pun mama ni sekadar di pinggiran ehh mama ni hanyalah bloggers mee segera aje. Huhuhu...


Daaa....

Pages

Wednesday, April 27, 2011

mama KEMBALI!!!!

MAMA DAH AKTIF SEMULA.....

Monday, June 21, 2010

JANGAN LUPA TONTON SURI BAKAWALI

Sekarang ni settiap isnin pukul 9.30 malam di tv9, mama terduduk melekat tengok drama bersiri Suri Bakawali yang ada unsur seram dan mistik. Selalu tertanya2 adakah si Yana tu langsuir ke dan sapa pulak si kiai yang sering di lihat oleh Imaan tapi mak bapak dan nenek imaan tak nampak pulak. Adoi...kisah2 misteri macam ni memang mama suka tengok walau bulu2 roma manja akan naik. Suka tgk jehan, yana dan faradhiya yang memang bijak jadi evil. Gambar dan lokasi sanagt cantik dan sereemmmm....

REMY GANTI AARON SEBAGAI DUTA ASTRO

Wah wah semakin meletup letup bagai bom zionis ye si Remy ni sekarang. Dengar2 menggantikan Aaron Aziz sebagai duta astro megadrama. Betul ke apa yang mama dengar ni dari sumber2 yang harus di pervcayai nih. Kelazz tahniah remy.

LIST TOP ACTOR SEKARANG!!!!!

Aktor pula bagi mama yang meletup2 sekarang dengan film baru, drama baru, gossip, kontroversi dan duta2 produk ialah saingan kuat di antara aktor terkacak negara iaitu AARON AZIZ dengan Fahrin ahmad, Remy Ishak, Farid Kamil, Fizz Fairuz dan of kos Shaheizy Sam. Mereka ber enam ini berebut untuk jadi hero no 1 malaysia selepas era Eman Manan dan Rosyam Nor.

1)AARON AZIZ.......Film terbaru KL Gangster selain 2 alam. Duta Celcom/ Loreal.
2)REMY ISHAK......Film terbaru ialah Nur Kasih selain Cun dan akuarium cinta. Duta Astro terbaru.
3)FARID KAMIL....Naik semula selepas Lagenda budak setan meletup. Film terbaru ialah Cuti2 cinta dan Kongsi. Tak der jadi duta lagi.
4)FIZZ FAIRUZ.....Nur kasih lah.
5)FAHRIN AHMAD......Entah jadi ke tidak berlakun Ombak Rindu. Tapi duta kepada 3 jenama terkemuka iaitu Celcom, Shell dan Garnier.
6)SHAHEIZY SAM......Sedang meletup selepas Adnan Sempit. Film terbaru ialah Kongsi selain Ngangkung.

Nama2 seperti Que Haidar, Pierre andre, Rusdi ramli, Zul Huzaimi dan Hans Isaac semakin menurun. Namun nama2 seperti Fizo omar, Ashraff Nuslim,Kamal Adli, Shahz Jaszle, Jehan Miskin dan Awal masih bertahan sebagai hero jambu malaysia.

Saturday, June 19, 2010

haliza misbun gagal buat comeback

fILM andartu terlampau terbitan dan heroinnya Haliza misbun khabarnya gagal di pawagam. Entah kenapa kerana cerita lawak, ada awie, erra dan fizo tapi tetap gagal. Mungkin peminat rindukan Haliza buat cinderella lagi kot. Tabah ye Haliza.

FANTASTIK FOUR MALAYSIA

Wah...malaysia pun ada fantastik 4 taw..sapa lagi kalau bukan...SCHA AL YAHYA, DIANA DANIELLE, LIYANA JASMAY DAN LISA SURIHANI.

Mereka berempat sangat hebat, popular, glamour dan meletup dgn film2 baru dan duta produk. Malah depa 4 ni lah yang di canang2kan sebagai primadonna film melayu terbaru selepas OGY, ERMA FATIMA DAN ERRA FAZIRA.

1)SCHA AL YAHYA.
baru pas meletup dgn film KL drift2 dgn kutipan 6juta. Meletup dgn drama Awan Dania dan KITA. Film2 terbaru sebagai heroin ialah Libas dan awan dania the movie. Dan menjadi duta produk Carefree, bio essence dan silky shine. Harap tak terlibat kontroversi lagi dan cuba avoid berlakun watak ala ala Dania forever. Takun org bosan loh.

2)DIANA DANIELLE
Baru pas meletup sikit dgn film Kecuh betul. Namun tawaran menjadi heroin film Hanyut bersama hero prison break tu telah menangkat potensi dan ranking Diana. Selain tu bakal muncul sebagai heroin dalam film magika dan dalam botol. Duta produk NanoWhite. Cuma lakunan masih sedikit kayu manis.

3)LIYANA JASMAY
Atau LJ ni memang dah popular lama cuma baru2 ni je meletup mengalahkan maya karin. Bab lakunan, LJ paling vast cuma personaliti yang kurus kedeping tak cukup meyakinkan sebagai heroin cantik tapi ok lah tu asal menang pelakun terbaik dan popular sudah. Baru pas meletup dgn film niyang rapik. Bakal muncul dlm film2 gred A seperti misteri jalan lama, khurafat, KL Gangster dan awekku pontianak. Theres nothing stopping LJ setakat ni. Di samping turut menjadi duta Gred A,Maybelline New York. Cuma lupakan je lah keinginan nak menyanyi dan please kurang kan gediks.

4)LISA SURIHANI
Fuhh..meletup2 dgn Lagenda budak setan di samping kualiti lakunan yang banyak improve. Pencabar terkuat LJ. Lisa lebih cantik dan berkarisma sebagai heroin. Bakal muncul dalam film zoo dan lain2 keluaran Metrowealth. Duta produk terbaru Garnier. Cuma kena bijak memilih watak dan film. Takut jadi tajuk je banyak tapi kualiti hampeh.

Anyway, fantastik 4 ni lah yang telah mengkuburkan sedikit nama2 Fazura, Fasha Sandha, Rozita che wan, Dynas,Rita Rudaini, Nora Danish,Lisdawati dan paling teruk terjatuh ialah Sh Amani.

Dan yang lain2 tu macam Intan ladyana, fouziah gous, almy nadia, ayu raudhah, sari yanti,Raja Farah, yasmin hani dan berlambak lagi tu kena lah terus perbaiki lakunan dan hiasi diri.

Tapi WATCH OUT dgn TIZ ZAQYAH dan NUR FATHIA.

Tapi ERRA, NASHA AZIZ, MAYA KARIN DAN UMIE AIDA akan tetap berada dalam legasi aktress heroin gred A yang tersendiri pada zaman mereka sama seperti Azean irdawaty, Noor kumalasari, Ogy dan Erma Fatima di zaman mereka.

Popular, cantik, menang award terbaik dan popular,film box office, kualiti lakunan hebat dan power star adalah kunci menjadi PRIMADONNA.

Kita tunggu dan lihat siapa yang kena.

FANTASTIK 4 MALAYSIA