hai...saya mama hiburan..selamat datang

hai...saya mama hiburan..selamat datang

SATELIT MAMA

Selamat Datang ke dunia hiburan satelit percuma mama hiburan di SATELIT MAMA.

Bersama rakan setugas...

1)MAMA TSUNAMI- ruangan mengkritik n mengutuk. Dia ni memang tak takut. Kaki mengutuk, mengkritik, kaki mengumpat kaki meng adu domba serah kat dia lah. Belom berkahwin tapi tahi lalat di hidung makin membesar.

2)MAMA JELLY- pemberita bertugas sepupu karam singh wallia. Wan Zaleha Radzi adalah idola nya sebelum bertukar pada Karam singh. Suka make up, gedik tapi tak suka pakai seluar celana. Mencintai Zaibo.

3)MAMA TAUGEH- Compile segala carta top ngetop. Dia ni memang ratu carta. Hari2 kerja dia buat carta hampir setiap kategori. Dah jadi janda 7x.

4)MAMA INTAN PAYUNG- ruangan wanita muslimah. Pemalu, pendiam, lemah lembut dan sopan bersantun tapi suka ber shuffle di bukit bintang.

5)MAMA CILI API- ruangan apa lagi kalau bergossip. Segala cerita dia relevan kan,dia konspirasikan, imaginasikan,post mortem kan, inter frame kan dan menghubung kait kan. Memang kelas dia ni. Badan kecik tapi mulut ya ampun besar.


Apa apa pun Anggapan mu ehh anggap lah satelit mama ni sebagai hiburan ringan2 bersantai2 bersama diri masing2 di dunia fana yang stress ni.


Akhir kata dari MAMA HIBURAN sebagai ketua editor kami ni tak suka mengorek, kami sekadar melapur lagi pun mama ni sekadar di pinggiran ehh mama ni hanyalah bloggers mee segera aje. Huhuhu...


Daaa....

Pages

Sunday, April 25, 2010

REVIEW PELAJAR WANITA AF8 DI KONSERT KE 6

HAI.....

AIN SABAH

Ain ni paling cantik dan tinggi. Seorang yang selamba n kool tertuma bila di temu bual oleh Sarimah or Jimmy. So konfident dan tenang. Memiliki vokal yang sedap dan berwarna. Cuma masalah Ain ialah beliau hanya akn fokus dan bagus pada lagu lagu yang dia suka sahaja walaupun dia mungkin tak suka lagu KAWAN tapi yang itu dia benar2 fokus dan berusaha setelah sekian lama di kritik.

Sangat berbakat dan sayang jika beliau mensia sia kan bakat atau tersingkir awal.

PRSPEK: Ada peluang ke final.
Boleh menggantikan Dayang Nurfaizah.

NAD KELANG

Ayo amma appa...entak kenapa sehingga kini Nad masih tak improve2 n lemah malah semalam masih salah lirik. Nad beruntung punya ramai peminat setia yang masih kekalkan dia di AF8 tapi kasihan Anum dan Alif.

Mama suka karakternya dan rambut kiut nya tapi persembahannya sering mengecewakan. Tak improve improve. Lambat.

FARINA SARAWAK

Cantik dan seksi.

ADIRA SABAH

Sangat sangat bagus dan fave mama, emak mama, teman baik mama si tanter kentang dan keluarganya bak kata ramai lah yang minat Adira ni kerana bakat nya yang sangat hebat dan versatil.

Lagu gagap boleh, lagu sri mersing boleh, lagu ct boleh lagu jac boleh bagus budak ni. Dan dalam ramai2 wanita dia yang paling tak gatal. Humbke, agak pendiam n pemalu di diary tetapi tidak di pentas. Suka sangat.

Ada vokal quality yang hebat. Tak rendah macam Mila, lebih cantik dari Stacy. Ada potensi untuk di bawa ke tengah jika dapat composer macam Audi Mok, Aubrey suwito or Ajai. Jika dapat single bagus, boleh masuk ke final juara lagu. Jika menang juara lagu hmm...terus jadi sejarah.

Rajin berusha, kreatif di pentas dan berhemah di pentas juga. Bagus bagus bagus.

PROSPEK: Bakal juara AF8 atau top 3 atau pasti ke Final.
Ada vokal quality yang hebat dan personality menarik cuma kena pantas belajat berkomunikasi dengan lebih baik dan teratur.

REVIEW MAMA PADA KONSERT AF8 MINGGU KE 6 (lelaki)

Wah...wah...wah...hai.....

Mama benci mama benci mama benciiiiiii tengok jimmy tu bila la nak di tukar or berubah huhuhu ahh klupakan...mama nak review ni syyyyhhhhh......

IWAN NEGRI SEMBILAN

pELAJAR YANG malas malas malas malaaaaas....entah lah. Masa mula2 dulu dia yang paling menonjol dan kreatif ye la di tambah2 dengan darah campuran cina tapi aleh aleh dah jadi malas pulak, cina selalu rajin. Hmmm...dah campur noks. Mama rasa dia ni terkena sindrom ego n tergugat dengan Maulana.

Kerana mula2 dulu Iwan yang di puja puji di tambah dengan ke jambu an nya tu dan biasa lah pada peringkat umur sedemikian walau di mana pun seperti di kolej ke, sekolah pondok ke atau di pejabat ke ataupun di padang bola...bila ada seorang lelaki hensem di puja puji, dia akan rasa bangga dan perasan di antara teman2nya yang lain dan tiba2 bila ada seorang lelaki lain pula datang dengan pakej yang hebat juga malah di puja puji mengalah kan dia, dia akan rasa jelez dan tercabar. Ada dua pendekatan yang akan di ambil. ( WAH MAMA ALA2 PAKAR SAIKOLOGI NI) Ehh mama pernah mabik course taw. Ok..... So 1) Sama ada dia akan melawan dan buat lagi bagus atau ke 2) Dia akan mengalah dan tidak bersemangat lagi dan biarkan saja yang baru tu terus dapat attention.

Dan itu lah yang di buat Iwan. Nyayiannya dan persembahan nya sangat malas dan macam tak berkuasa nak bertanding dan nak cepat2 keluar nak masuk tv, drama ke majalah je jonon ingat dah ramai peminat bila tengok org terjerit2 kat dia dalam dewan tu. Hmmm satu sifat yang lemah dan tidak wajar di contohi.

Mama suka dia terutama bibir dia tu, mama sangguplah di gigit tabuan baru2 ni tapi di gigit kat pinggul mama pulak langsung tertonggek.

Anyway harap Iwan ubah sikap dan pendekatan jika nak maju.

PROSPEK: 1) MUNGKIN TETAP DI AMBIL OLEH KRU STUDIOS.
2) Mungkin berlakun la sikit2 dalam drama terbitan astro.


DAUS SARAWAK

Cute dan jambu macam Iwan. Dapat undian free macam Iwan dek wajah jambu dari the girls. Beza Daus dengan Iwan ialah:

Suara Iwan lagi sedap dari Daus.
Iwan walaupun boncit tapi lebih tinggi dari Daus

TETAPI

Daus lebih rajin dan lebih berusaha dari Iwan.
Daus lebih ghairah di pentas dari Iwan.

Cuma masalah Daus ialah dia selalu tersalah direction. Selalu over do lagu dan showmanshipnya. Terlebih hyper dari lagu dan itu bermakna Daus tak feel lagu tetapi cuma excited dan lebih ghairah untuk perform. Expressi wajah Daus selalu tak kena dengan lagu dan sering membuat gesture movement yang salah dan tak tepat.

Tone placement tak kena dan sering tak forward vokal. Wah gitu!!

Iwan dan Daus kena tunjuk ajar ala tentera ke atas mereka dan orang yang paling sesuai ialah Ramli MS dan Tiara jacquelina.

Tak pasti DAUS DAN iWAN AKAN MASUK final ke tak. Bergantung kepada nasib dan undian THE GIRLS.

PROSPEK: Boleh buat boyband bergabung dengan Iwan dan Dafi.


SHAHIR PERAK

Had ni mama suka jugak kerana hensem dan jantan pemalu tapi lucu. Mama geram dgn juri2 minggu lepais kritik shahir nyanyi lagu papa rock tu. Huhuhuhu...mama ingat akan melahar tapi mdia yang kene lahar. Kesian mama tengok muka dia macam nak nangis langsung dah tak kisah lagi dah dgn lagu insaf2 tu rasa macam nak cabut rambut Syafinaz.

Depa ni ajaq salah kat Shahir ni. Ajar la segala rasa, merangkak sampaI kene rejam dgn Que ni segala bagai tapi tetap gagal. Ogy akan suka n puji Shahir semalam. Kerana mama tahu kenapa, apa yang Shahir buat tu ialah very teater sangat. Sapa suruh teresak2 atas tu macam zaman2 Noor kumalasari nyanyi sampai ber air studio rtm dulu nih. Ni pertandingan nyanyian noks.
Sepatutnya depa kena ajar dia how to kawal vokal dan hebatkan vokal dia la lagi agar memukau penonton dan penonton sendiri yang akan nangis. Silap strategi. Cian Shahir.

Tapi mama puji dia..sangat rajin, dedikasi, tak over dalam diari, humble dan suka menolong dan tak perasan. Ada sedikit ciri2 Faizal Ramly. Vokal jantan cuma perlu kuatkan lagi keyakinan diri dan keyakinan diri di samping personality menarik. Shahir kena usaha dan terus perbaiki personality dan kuatkan vokal. Salah salah cara ajar team Norman. Norman KRU pulak nampak macam kedekut ilmu. Tiara lagi bagus.

Ada kemungkinan juara, top 3 dan pasti ke final. Shahir sedang no 1 sekarang dan di umpamakan sebagai pengganti Mawi bagi muslimah2 desa.

PROSPEK: Boleh menjadi artis yang baik walaupun ada kemungkinan would end up macam karier sepi Ebi, Faizal, Aswad, Felix, Haziq dan Lotter walau ke final. Terpulang kepada rezeki nya jika bijak mencari ruang selepas ini.

MAULANA JOHOR

Maulan ni bagus student, rajin dan selalu usaha menjadi terbaik walau mama sedikit kurang suka dia tapi persembahan, komitmennya dan kerajinan nya menjadi dan menyerlah di pentas.

Dia kurang hensem dan sebab itu lah bukan pilihan otomatis pengundi dan the girls di tambah dengan sikap kuat menangis tersedu sedan mengalahkan Neng Yatimah...mula2 mama ingat dia cucu Neng Yatimah tapi rupanya anak S Mariam.

Tapi showmanship dan vokal menarik hya sering menyelamatkannya dari tersingkir. Bagus student walau ada kekadang nampak macam poyo sedikit tapi ok ok je tak lah melampau sangat.

Kekurangannya ialah gaya. Maulana memang tiada gaya umpama Ramlah Ram aiyo kesian dia macam macam mama kata kat dia. Iya noks dia tu macam apa org bagi dia pakai tapi macam tak kena dan tak sesuai..nak kata kampung tak jugak dia kan dari Johor. Tapi entah lah itu memang kekurangannya yang terbesar. Dan bila menari walaupun dia pandai menari tapi nampak lucu dan tak stylo macam Adam or Stacy. Entah lah cian Maulana tapi itu kelemahan ketaranya iaitu tak de gaya dan busana macam tak kena.

Sebab itu lah dia sering di zon bahaya kerana kurang peminat walau show baaguz.

PROSPEK: Bakal juara atau top 3 atau final.
Tapi nasib nya selepas terkeluar kurang pasti walaupun beliau seorang versatil tapi nasibnya di jangka seperti Zahid atau Kaer atau Khai je kot. Suam suam sejuk. Ramalan mama je noks. Beliau tak se komersil Akim dan Aril.

SEKIAN. Ini hanya pandangan dan jangan lah kecil hati k....

Friday, April 16, 2010

VASS TO MAYA N VANIDA N LISA SURIHANI


HOT NEWS DARI MAMA JELLY

Wah wah waaaah.....vass betoi si maya n vanida ye meletop letop jadi duta produk kelas. Baguslah tu...tahniah.

1)MAYA KARIN GANTI ZIANA ZAIN

Si Maya walaupun tewas pada Liyana Jasmay baru2 ni di ABP 2009 tetap dapat kepercayaan boss VONO untuk jadi duta nya menggantikan Ziana Zain. Kenapa Akak Ziana dah sakit tulang belakang ke? Tapi ye la kan takkan nak tidur dengan muka sama je, mama pun kalau nak tidur mama suka tukar2 teman ehhh...isss..oh my brad pitt. Tukar2 duta, baru lah nampak fresh.

Maya yang sedang bersedih di atas perpisahan dengan suaminya dan kekalahannya di ABP kini tersenyum terubat jugak ar dengan perlantikkan duta ni.

Selain VONO, Maya juga duta celcom, loteal dan nescafe. Kelas maya. Tak sabar tunggu Maya dalam filem cun arahan pengarah yang cun Osman Ali.

Sebenarnya MAMA TSUNAMI ada cerita gempak pasal Maya. Kalau nak tahu sila taip MAHU di ruangan komen.

2) VANIDA IMRAN JADI DUTA SK2

Ha ah noks, Vanida jadik duta SK2 sesaing gong li dan lain2 bintang antarabangsa. Kelas ko Vanida. Setelah sepi sekejap dari jadi heroin n cameo cameo film2 melayu, Vanida terus di sambar jadi duta SK2 yang sepatutnya status Erra Fazira yang lebih sesuai sebagai primadonna filem melayu tetapi Erra tak bijak mengatur kariernya selepas Syed (ex pengurusnya dulu) hilang.

Anyway tahniah Vanida yang memang bijak mengatur strategi untuk terus kekal di TOP 5 aktress bernama besar.

3)LISA SURIHANI TEPIS FASHA SANDHA

Dan yang ni pula Lisa gantikan tempat Fasha untuk duta Garnier. Agak nya Garnier tak mahu kena boo kot. Tak pe Fasha..sabar je....

Tahniah buat Lisa.

k.......MAMA JELLY

TAK TENGOK SEMERAH CINTA STILETTO

Maaf buat pembaca pembaca blog mama ni. Dah lama mama off day alah biasa lah noks mama g suntik botox ehh opps sori ok...mama g suntik vaksin H1N1 ehh bukan suntik Vitamin C. dUA DUA SEKALI LA TUH.

Ni hah ramai yang bertanya mama untuk tahu pendapat mama dah tengok semerah cinta stileetto ke belum. Dorang nak tunggu review mama. tq tq tq tapi mama tak sempat tengok dan tak tergerak dada nak tengok hmm entah lah tapi memang tengah sibuk ni. Tengok lah jika ada kelapangan mama g tengok dan bagi review kat uols ye.

Mama sebuk dok bergaduh dengan mama mama lain pasal AF8 NI hehehe.

Apa pun uols tengok lah SEMERAH CINTA CASTELLO EHH stiletto best kot. Mama rasa macam mmmmmm..........heheheh...

ok...mama nak g press komperen habib jewel jap hehehe. ciou

Thursday, April 8, 2010

ASTRO KEHILANGAN 4 ASET UTAMA NYA

Salaaaaaaaamz.......

walla...seronok kita berbicara dan berkomen tentang ABPBH 2009 yang baru lepas. Mama pun tak kurang ber kepoh sampai sakit2 tekak mengutuk itu ini hehe. Lantas mama teringat AF8 semula dan mengenangkan nasib Astro bila kehilangan Din Beramboi.

Di analis semula bila Din Beramboi meninggal, Astro bukan sahaja dah kehilangan salah satu tarikan utama di salurannya tapi turut kehilangan 3 lagi aset nya iaitu AC Mizal, Mawi dan Linda Onn. Tinggal lah Aznil, Aaron Aziz, Sarimah Ibrahim dan Erra Fazira di samping Mila, Stacy dan Akim.

Selain Aznil, hanya Din b dan AC Mizal yang betul2 berjaya dengan program mereka sendiri dengan bermusim2 dan rating tinggi. Sarimah tiada prog sendiri lagi kecuali AF8 dan The biggest loser asia yang masih merupakan macam ujian buat Sarimah. Jimmy Shanley lagi teruk. Kualiti pengacaraannya dalam diari amat merimaskan dan dalam konsert sangat2 teruk. Astro patut lepaskan aje Jimmy yang dah puas di beri peluang. Awal Ashaari dan Fahrin Ahmad lebih bagus.

AC Mizal dengan AC Disini nya dan Din B dengan wuhai, mandi dan lain2 malah meletup di ERA hingga masuk top 5 dj. AC Mizal seolah2 nak bersara untuk fokus pada syarikatnya. Astro sekarang memang ketandusan pengacara sekarang. Namun mama percaya Astro bijak memilih walau gagal dalam pemilihan Jimmy tapi Astro lah yang mengcungkil bakat pengacaraan AC dan Din B.

Aaron dan Erra lebih kepada tarikan drama tetapi Astro patut mencuba bakat mereka berdua kerana mereka sangat popular dan menarik. tapi jangan lah suruh Erra jadi pengacara futball tu. Rugi ajer. Erra kena terus maintain glamour begitu juga Aaron.

Astro juga rugi kerana melepaskan Linda Onn. Linda lebih bagus jauh lebih bagus dari Dina, Nana, Adifashkla, Reza, burn, Ray yang entah hapa2 bila bercakap. Tak menarik, tak mencuit hati dan tak tau isu. Dan sekarang ERA SEMAKIN JATUH.

Dengan kejatuhan Mawi sekarang apatah lagi di benci oleh peminatnya sendiri dan di boo baru2 ini, Astro memang sedikit tergugat untuk menarik peminat dan penonton untuk melanggan siaran berbayar nya itu. Astro harus pantas mencari idea dan strategi terbaru untuk kekal relevan. Dengar nya nak melamar Remy Ishak. Satu cadangan yang bagus.

K lah mama hiburan sakit perut la pulekkkkk

Daaaa

Monday, April 5, 2010

HEBATNYA SITI, JATUHNYA MAWI

WAH WAH WAH......mama sangat gembira terlonjak lonjak macam lepas jaringkan gol kat futsal je bila Dato Siti meniang....auw suka mama. TAHNIAH DATO T.

Siti memang satu2nya artis contoh kepada kita semua di bidang hiburan mahupun pada kehidupan harian kita di lain latarbelakang. USAHA, TAK SOMBONG, KREATIF, BIJAK, MERENDAH DIRI, BERBUDI PEKERTI DAN SENTIASA BERSYUKUR adalah ciri2 yang Siti ada samada dia sendiri sedar ataupun tidak tapi itulah Siti Nurhaliza. Dia umpama Madonna Malaysia yang lebih sopan lah kerana beliau sentiasa move on, cari benda baru, composer baru, berani dan yakin dengan diri dan prinsipnya. Dari menggunakan nama penuh hinggalah tak mahu bergambar dengan jantan, tak mahu skirt, tak mahu bergambar tepi kolam renang, tak mahu berlakun walau di offer satu juta adalah contoh ketegasan siti pada prinsipnya.

Yang lain2 tak payahlah mama cerita semua orang tahu. Cerita Siti umpama satu hikayat or lagenda yang akan di turun temurunkan kehebatannya. Tidak dengki, tidak tamak, tidak kedekut senyum dan ilmu di samping sentiasa bersabar adalah sifat yang mulia dalam islam. Mama pun cuba jadi seperti Siti hahahah.

Siti dari zaman Adnan, dia cepat menukar komposer dari seorang ke seorang menggunakan trend dan musim terkini seseorang komposer itu. Di situlah kebijaksanaan Siti dan sekaligus membuktikan versatalitinya. Bila Aubrey suwito naik, Siti approach dia, Begitu juga bila Melly, bila Audi Mok naik, dia approach dan sekarang tgh zaman indie, Ct berani berduet dgn Azlan meet uncle hussein sekaligus mengumpulkan peminat muda yang baru dan begitu juga bila CT mendekatkan diri dengan 2 artis berbakat besar iaitu Aizat dan Faizal Tahir. Ct memang born bijak dan stratergists. Ct juga pernah bekerjasama dgn KRU, Too phat, KD dan lain2.

iTU SEMUA MEMBUATKAN CT sentiasa baru dan refresh dan peminat baru2 akan terpesona padanya. SYABAS CT DAN TEAMNYA SNP. BBayangkan hingga kini masih belum tergugat. Datanglah segala Dayang, misha, jaclyn,adibah, mila dan Stacy..ct tetap unggul.

Tak tahulah kenapa ada orang2 yang dengki dengan dia mengatakan ct patut beri peluang lah, beri laluan, hello..... ini adalah pertarungan terbuka, siapa bagus dialah terunggul.

DAN PADA MAWI TU....henti2 kanlah hidup dalam fantasi. Cuba lah berusaha, belajar, jangan sombong, belajar vokal, belajar pr dan perbaiki diri dgn mencontohi sifat2 yang bagus. Jangan lah cepat berpuas hati dan malas belajar. Tengoklah ct dari hari ke hari vokalnya makin mantap.
Jangan lah MAWI menuduh kononnya dah sampai masa jatuh or mengeksploitasi pepatah roda berputar satu hari jatuh juga. Jika jatuh pun biarlah jatuh bermaruah. Bukan jatuh kerana sifat alpa anda dan produk yang semakintiada kualiti dan tidak berkembang.

Mama teringat masa dulu2....Dulu masa belum popular Siti pernah berniaga kuih ke nasi lemak di flatnya di Kuala Lipis tapi Mawi pula sedang tidur berbaring di rumahnya bila team Astro datang untuk ke AF3.

Bak kata Nabil.....ko pikirla sendiri nyah!!!!

Saturday, April 3, 2010

SPEKULASI ABP BH 2009 ESOK!!!

PELAKUN LELAKI POPULAR?

Mama harap Aaron Aziz tapi Que haidar menjadi saingan terkuat.

PELAKUN DRAMA LELAKI POPULAR?

Saingan sengit di antara Fizz Fairuz dan Remy Ishak gara2 Nur Kasih. Saingan terkuat adalah Aaron Aziz yang konsisten popular di Astro melalui beberapa drama nya yang hebat.

PELAKUN WANITA POPULAR

Maya Karin VS Liyana Jasmay yang kini menjadi gilaan peminat remaja.

PELAKUN DRAMA WANITA POPULAR?

Mama harap Scha Al Yahya yang tersangat meletup dengan drama Awan Dania nya dan yang terbaru KITA yang hanya di tonton oleh penonton Astro tetapi Tiz Zaqyah di TV3 dengan Nur Kasihnya juga memberi saingan sengit.

PENYANYI WANITA

Mama sangat suka Siti dan Stacy namun Siti akan tetap unggul. Tapi Stacy boleh berbangga dengan pencapainnya kini. Misha, Dayang tersingkir. Syabas buat Mila juga yang berjaya ke final.

PENYANYI LELAKI

Mama harap Aizat atau Faizal Tahir. Beri lah peluang kepada yang benar2 berbakat.

PENGACARA TV LELAKI N WANITA

Mama harap Aznil dan Sarimah bisa singkirkan Fafau yang so tipikal berbanding Sarimah yang dah sampai ke Asia.

DJ RADIO POPULAR

Pun mama harap Aznil kerana lebih bijak dan prihatin dan bertanggungjawab dari Faizal ismail yang lebih tertumpu ke remaja sahaja dan topik entah apa2 tiada manfaat sangat. Berbanding Aznil yang kreatif dengan pelbagai idea dan isu selain di sukai pelbagai peringkat umur.

Dj wanita fafau ok lah jugak kerana saingannya tiada yang hebat kecuali Linda onn yang sebenarnya bagus sebagai seorang DJ kerana suaranya, teknik bercakap dan lain2 tapi di spoil kan oleh over cerita peribadi yang merimaskan. Fafau pula seperti Faizal ismail yang lebih sesuai untuk pendengar remaja sahaja.

PELAWAK POPULAR

Mama harap Afdlin atau Zizan. Wanita pula Kenchana Dewi atau Didie Alias lebih layak. Hairan juga kerana Sharifah Shahira tak masuk final.

ARTIS BARU

Mama harap Akim kerana lebih layak kerana sememangnya popular dan begitu juga Yuna.

Apa pun mama harap Siti Nurhaliza atau Aizat, Faizal tahir, Aznil boleh membawa pulang anugerah paling popular...jangan lah Si Nabil atau Fafau tu walaupun tak mustahil jika ada konspirasi belakang tabir yang kita tidak tahu.

Rezeki siapa?

SENARAI TERBARU ARTIS MALAYSIA MENJADI DUTA PRODUK MELETOPS AJE

ANALISA MAMA HIBURAN.

Senarai artis yang menjadi duta produk popular terbaru dan terkini setakat april 2010 ini.

LELAKI

1)AARON AZIZ----------------Celcom/Loreal
2FAHRIN AHMAD----------- -Celcom/Garnier/Shell
3)AWAL ASHAARI------------Roscani
4)ROSYAM NOR----------- - -Power root
5)AKIM----------------------- Brands/ Walls
6)MAWI-----------------------Marrybrown
7)DAFI------------------------ Silky Men
8)BUNKFACE------------------TM Net


WANITA

1)SITI NURHALIZA-----------Jusco
2)ERRA FAZIRA---------------Slim world
3)MAYA KARIN---------------Celcom/ Loreal/ Nescafe
4)LIYANA JASMAY-----------Maybelline
5)FASHA SANDHA------------Garnier/ Habib jewels
6)NUR FAZURA---------------Nutox/ Avon
7)NING BAIZURA-------------Olay
8)FAFAU----------------------TM/ Jacobs
9)SHARIFAH AMANI----------Silky girl
10)SCHA AL YAHYA-----------Bio Essence/Silky shine/ Carefree
11)DIANA DANIELLE----------Nano White
12)DYNAS----------------------Safi Balqis

SAINGAN ARTIS DI DUNIA DUTA KECANTIKKAN

ANALISA MAMA HIBURAN:

Kali ni mama nak buat kompilasi dan saingan artis wanita dan lelaki kita yang berjaya menjadi duta produk kecantikkan n kesihatan antarabangsa atau yang kelas sikit lah...

WANITA

1)MAYA KARIN Loreal
2)FASHA SANDHA Garnier
3)LIYANA JASMAY Maybelline
4)NUR FAZURA Nutox
5)NING BAIZURA Olay
6)SCHA AL YAHYA Bio essence
7)DIANA DANIELLE Nano White
8)SHARIFAH AMANI Silky Girl
9)ERRA FAZIRA Slim world

Siti Nurhaliza pernah menjadi duta Maybelline dan Olay sebelum ini....sebelum komited dengan projek produk kecantikannya sendiri SIMPLYSITI.

Nasha Aziz dan Erra Fazira juga pernah bersama Avon. Rozita Che wan ada ke huh? tak sure la mama.

Sapa lagi eks...alah yang jenama2 ala ala fain n lovely lah, d wajah lah, safi lah dan yang sewaktu dengannya mama buat di kolum lain lah noks.

LELAKI

Alah lelaki duta kecantikkan kalau mestilah yang handsome dan popular dan ber pengaruh aje. Dan di Malaysia ni artis lelaki yang betul2 handsome dan sangat popular hanyalah Aaron dan Fahrin aje. Fizo Omar dan Kamal Adli mahupun Shahz Jaszle kena popularkan lagi diri sebelum dapat yakinkan pengiklan dan produk. Awal juga bergaya dan turut menjadi duta sebuah produk lain yang akan mama buat dalam posts yang lain pulak.

1)AARON AZIZ Loreal
2)FAHRIN AHMAD Garnier
3)AIDIL ZAFUAN Adidas

Ada beberapa lagi jenama kecantikkan dan kesihatan lelaki seperti Bioterm, Nivea for men etc tak nak ambil Fizo atau Kamal Adli ke?

ok...harap dapat memberi sedikit informasi buat anda semua tentang siapakah artis Malaysia yang ada pengaruh dan ada pakej. tq.

HOT NEWS BERSAMA MAMA JELLY

SELAMAT PAGI DAN SALAM 1MALAYSIA BERSAMA MAMA....JELLY(3APRIL 2010)

1)DIANA DANIELLE JADI DUTA NANO WHITE

Wah wah wah.....kelas Diana kini dah jadi duta kosmetik lagi. Dan kini sudah bersama rank2 artis wanita yang dah jadi duta kosmetik. Tahiah Diana. Tak sabar tunggu film terbarunya...Magika, Dalam Botol, Kecuh betul (mmm tak minat lah cerita ni kot) dan Hanyut di mana Diana telah menewaskan Maya Karin untuk watak utama tu tapi tak shoot2 lagi hmmm tau tau je lah si U wei tu. Ok Diana memang kelass!

2)DATO CT DENGAN PRODUK SIMPLISITI

Wow wow wow kelas Dato T, akhirnya keluar dengan produk ber jenama sendiri. Tapi harap2 berjaya lah sebab sebelum ni dah ramai juga artis yang buat begitu seperti Erra Fazira Ferra kosmolook, Ella's apa nama tah, Haliza misbun dgn Halle produknya, minuman Sudi, dan beberapa lagi yang mama jelly tak hengat lagi...semuanya tak menjadi.

Berbeza dengan orang putih, produk berjenama J LO, Britney, Gwen Steffani dan lain2 menjadi sangat2. Apa pun tahniah buat Dato T yang memang mama jelly suka dan kagum sangat2.

3)ABP BH 2009 ESOK!!!!!

Siapa bakal menang ek? Mama harap siti menang paling popular. Mama jelly nak Faizal tahir, Aaron aziz, aznil, Akim, sarimah, Maya, kenchana dewi,scha al yahya, adam/stacy menang...harap depa menang!!!!!

Ok sekian hot news mama jelly terkini.

HOT NEWS BERSAMA MAMA JELLY

SALAM 1 MALAYSIA BERSAMA MAMA JELLY (2 APRIL 2010)

1) DIN BERAMBOI MENINGGAL DUNIA DI HOSPITAL SELAYANG.

Mama Jelly sangat terkejut dan sedih dengan pemergian Allahyarham Din Beramboi yang meninggal akibat serangan demam denggi berdarah. Ramai yang berkonsi rasa dengan mama jelly kerana Din Beramboi merupakan seorang pelawak tulin yang sangat berbakat, banyak idea gila2 dan sangat spontan dalam menghidupkan sesuatu suasana hinggakan di ERA si Aznil tu pun tak henti2 ketawa dek telatahnya.

Din memang sudah lama di dalam dunia seni tetapi semenjak ASTRO memberi peluang kepadanya, beliau berjaya menambat hati ramai pendengar ERA dan penonton ASTRO untuk meminatinya. Dari riuh pagi di era, wuhai beramboi, mandi dan raja lawak beliau menjadi sangat popular hingga tercalun di ABP BH 2009.

Selalu mama bersama mama hiburan naik kereta Picanto ke satelit mama sambil ketawa2 mendengar gelagatnya dan lawaknya di ERA...dan kini tiada lagi. Beliau sangat2 berbakat dan tiada di pelawak n penyampai yang lain. Lawak gilernya itu sangat menghiburkan.

Kini Aznil memerlukan pengganti atau idea baru untuk memeriuhkan pagi di ERA yang bersaing hebat dengan HOTFM AM krew. Astro juga kehilangan salah satu aset utamanya selain Aznil di Astro kerana banyak program membabitkan Din mendapat rating yang bagus.

Dengan pengunduran AC MIZAL di dunia pengacaraan dan hiburan, Astro dan Malaysia memang ketandusan pengacara yang boleh berlawak dan menghiburkan penonton. Tengoklah pengacara2 sekarang ni entah hapa2.

Aznil, AC, Din Beramboi dan Fahrin sekadar beberapa nama saja yang benar2 bagus.

Apapun AL FATIHAH buat saudara Din Beramboi dan salam takziah.

Friday, April 2, 2010

CARTA MAMA TAUGEH

MAMA TAUGEH.











Hai....welcome to my world of carta...carta..carta...


CARTA PELAJAR AF8


NI YANG MAMA MINAT.

1)Adira
2)Iwan
3)Alif
4)Anum
5)Daus
6)Sahir
7)Ema
8)Ain
9)Farina
10)Nad
11)Maulana
12)Shah.

NI CARTA BERDASARKAN PRESTASI, KUALITI DAN POTENSI BAGAI

1)Iwan
2)Adira
3)Alif
4)Maulana
5)Anum
6)Ema

Yang lain masih jauh tertinggal dan akan mama taugeh update kan.

CARTA PALING MENGHIBURKAN DI DIARY

1)Anum
2)Iwan
3)Daus
4)Adira
5)Shahir

SECARA KESELURUHANNYA PELAJAR PALING MENYERLAH MUSIM INI SETAKAT MINGGU KE 3 INI DAN MULA MENGUMPUL PEMINAT DI SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPURA DAN SELATAN THAI ADALAH:

IWAN VS ADIRA

IWAN mama taugeh ramal pasti ke final dan jadi bintang komersil terbaru menyaingi Akim dan Dafi.

ADIRA pula mama taugeh ramal juga mungkin ke final dan jika Adira di didik, tuah dan terus berusaha, tidak sombong dan betul pengurusannya Adira boleh jadi the next bintang pop balada menyaingi Misha Omar, Jaclyn Victor dan Dayang Nurfaizah. Di tambah dengan kecantikkan Adira lebih dari mereka semua...jika kene gaya...boleh jadi pengganti Dato Siti Nurhaliza.

k setakat ni dari mama taugeh. Nak ke mydin jap ni beli....?

KOMEN PELAJAR LELAKI AF8 (MINGGU 3)

Bagi mama.....Tahun ni pelajar semua best2 perangai, happenin,setiakawan dan tak over sangat. Standard lah tu budak2 muda kan. Dan boleh di katakan semuanya ada pakej terutama Iwan, Adira, Alif dan lain2. Yang girls semua cantik cantik, cute dan sweet. Tak der yang perasana diva, poyo, kaki gaduh, gatal dan kaki jelez. Ok lah tu.

Ok ini komen mama dan survey mama mengenai pelajar lelaki setakat 3 minggu ni.

1)SHAHIR

Dari Perak ni nampak macam sedikit pemalu tapi tak lah sangat mungkin ala ala maintain kot kerana status latar belakang familinya yang agak islamik tetapi nak masuk dunia ni kena lah buang malu dan buang tembok pemisah diri tu kerana SHAHIR kelihatan kaku sangat atas stage. Suara boleh tahan dan rupa pun ada...tetapi personaliti dia ok dan sesuai cuma perlu buang rasa malu di atas stage.
Tengok lah Michael Jackson kan pemalu bila bercakap tapi bila atas stage terus berubah laku.Peminat dan pengundi nya di kesan oleh mama jelly mendapati ramai muslimah2 di IPTA2 islamik, mak cik2 dan para2 mama sopan.

2)ALIF

Suara kelas, wajah handsome dan ada gaya tersendiri. Biarlah orang nak kata apa tapi Alif di lihat sangat berpotensi walau peluangnya di AF8 tidak begitu cerah..pernah berada di zon bahaya.
Kelemahannya adalah beberapa low note(kelas mama dah macam deja moss forward ni) dan tone placement....wahh gitu. Tapi gaya di diary dan konsert menyerlah. Boleh pergi jauh jika dapat komposer kulit hitam. Suara RnB dan jazz.

3)DAUS

Cute dan ramai pompuan dak sekolah yang vote. Suara manja dan komersil tapi sangat berbakat sebenarnya budak ni kerana pandai main gitar dan cipta lagu. Rasanya akan lebih menjadi jika lepas ni buat boy band or group.
Tapi kena lah buang nervous dan muka menggeletar tu dik oi. Personality ada dan cun.

4)IWAN

Wah terus di gelar idola baru remaja nih. Very the product KRU. Komersil value sangat tinggi. An instant eye catchers. Cute(tak lembut), happenin dan bijak. Pelajar lelaki yang paling menyerlah bukan saja rupa tetapi bakat, vokal, persembahan yang dah 3 minggu berturut2 konsisten.
Selamba dan persis Akim, minors the panas baran Akim lah. Cuma Iwan tak nampak se ghairah Akim dalam seni di mana Akim nampak meluap2 manakala Iwan lebih cool dan cepat study sesuatu perkara. Cepat teriama, belajar dan merealisasikannya.
So far so good.
Ramai peminat perempuan tua muda dan adiks2 dan jantan jantan futsal dan scooties pun suka dia termasuk datins2 dan the datuks2 hah jeng jeng jeng....
Iwan akan memberi Adam, Dafi dan Akim sedikit pecahan duit dan peluang.
Bakal ke final tapi tak komfom juara walau tak mustahil dia juara jika Adira or Alif or Shahir buat kejutan.
Setakat ini Adira adalah pencabar terkuat Iwan dan yang ironinya Adira kena berkerja sangat keras untuk mencapai ke tahap terkini di minggu ke 3 tapi Iwan terus meletup di minggu pertama lagi.

Memang pelajar wanita kena bekerja sangat kuat untuk membuktikan mereka hebat untuk dapatkan undian rakyat malaysia seperti Mila dan Stacy dulu dan bila mereka juara, mereka masih kekal kerana benar2 berbakat dan berusaha. Cuba fikir di manakah Zahid, Faizal, Ebi,Nubhan dll sekarang.

5)MAULANA

Maulana ni vokal dan persembahan memang best dari minggu pertama lagi tetapi ada sesuatu yang buatkan dia kureng di sukai pengundi kerana dah 2 minggu berturut2 di zon bahaya.
Mari mama ungkaikan.
Mungkin sifatnya di diari yang kurang menarik kerana cuba perhatikan perangainya seperti kita di pejabat atau di kolej(mama masuk kolej ke). Dalam ramai2 mesti ada sorang yang terlebih kecoh, kepoh, sibuk2 dan over sedikit. Dan selalunya kita akan rimas bila orang macam ni ada dengan kita kan. Itu lah yang mama dengar tentang komen2 orang tentang Maulana.
Pakaian dan muka di diary juga kekadang selekeh. Di tambah kuat yang amat menangis, over la pulak so undi dari jantan mahupun perempuan kurang kepadanya.

6)SHAH

Mama sangat marah bila orang kata dia tersingkir kerana dia gemok dan tak der pakej. HELLO dah AF8 ini lah kali pertama pelajar gemok tersingkir first ok. sEBElum ni Bob, sahri, fuad, Aizat, velvet,stanley dll keluar lewat malah ada yang tak terkeluar.
So masalah Shah adalah personality nya di diary tak menarik peminat di samping tiada aura tersendiri. Shah terlalu biasa dan boring to look.

Ok lah next mama komen pasal the girls lak eh k...mama nak nyanyi jap...

Aaaaku...tak percaya..cinta..aku tak percaya cinta..C. i. N. T. A

HOT NEWS BERSAMA MAMA JELLY

SALAM 1 MALAYSIA.

INILAH BERITA BERSAMA SAYA WAN MALEHA JELLY DARI SATELIT MAMA.

1) RICKY MARTIN AKHIRNYA MENGAKU GAY!!! Melepas lah mama. Respek peribadi dia dan orientasi dia. Berani.

2)DIN BERAMBOI MASIH KRITIKAL. Abang Din kita masih di hospital Selayang. Mari doakan dia cepat sembuh...tak gitu mama Intan Payung.

3)BADRUL MUHAYAT DI CEKUP POLIS GARA2 TERAJANG ISTERI. Bukan harry boy lagi tapi scary boy.

Sekian dari mama jelly. Sori noks mama jelly nak ke Los Angeles jap jumpa Ricky martin betoi ke hang ni.

Wassalam. Salam sejahtera..

Thursday, April 1, 2010

KOMEN KL DRIFT 2

Selasa lepas mama ke CapSquare nak tengok KL DRIFT 2....aiyo hanya ada 3 penonton aje dan kesemuanya India. Ok la kot memandangkan lokasinya dan waktunya pada pukul 11 pagi. Boleh? mama free hari tu n cancel date date mama dengan peminat semata nak tgk Aaron Aziz ehh nak tgk KL DRIFT 2.

Ok berbalik pada film nya...pada mama ianya adalah filem aksi terbaik Malaysia mengalahkan KL DRIFT 1, V3, IMPAK MAKSIMA, KL MENJERIT, MY SPY dan lain2 dan ehh DAN Belukar? (Ko tak baik mama, ko tak nengok lagi BELUKAR NOKS)Mama dah tengok trailer belukar...hmm kelakar dan tak jadi. Ok ok...berbalik pada KL DRIFT2.

Mama memang sedikit terganggu dengan scene2 kawan2 syamsul and the gang. Adegan dan dialog entahlah membosankan dan tak sangka skrip dan dialog mai dari dua penulis yang masih muda. Takkan lah budak2 muda sekarang bercakap macam tu? Aiyo mama yang dah twilight ni lagi meriah tau bila jumpa auntie2 mama dan tanter.

Dialog dan senario di cipta pun membosankan sedikit terutama bila ada Hetty Sarlene yang menyedihkan tu, Buzen, rizal ...mereka tidak pandai berbual natural. Namun konflik Farid Kamil tentang dia cacat dgn perasaannya pada Syamsul sedikit menyelamatkan keadaan. Lakunan Syamsul pula menurun setelah menunjukkan sedikit peningkatan dalam filem bohsia.

TAPI....TAPI...TAPI...TAPI...

Bila bab Aaron Aziz dan Shaheizy Sam dan konco2nya...aiyo segala mengenai mama tegak dan bersemangat. Dialog, scene, aksi, drift segala memang kelas dan berdenting. Mama tak puas tengok sampai terpikir dapat laki gangster pun tak pe. Kelas sangat, sangat teratur, jelas dan di fahami. Setengah film tu berderau2 aksi tapi tak tahu sapa tembak sapa, kenapa dan sapa kejar siapa. Tapi KL DRIFT 2 memang kelas. Nampak betul pengarah dan cameraman sangat2 teliti dan bagus.

ACTING PULAK mestilah Aaron Aziz n Shaheizy Sam paling menonjol. Aiyo..mama tak puas tengok aksi mereka berdua. ROSYAM NOR SUDAH PUN ADA PENGGANTI.!!!! gAYA, dialog, susuk tubuh, dan segala bagailah sangat kena dengan ke dua dua actor berbakat besar itu. Tak nampak over langsung.(Amboi memuji Aaron segala.)Diam la kentang.

Yang lain..lakunan Farid Kamil berjaya, lebih bagus dari V3, Remy sangat meyakinkan malah mama anggap pembawa watak polis or detektif paling berjaya dan bergaya dalam sejarah perfileman melayu. Lakunan terbaik Remy selain Natrah.Syabas Remy.

Scha Al Yahya memang sangat sangat sangat ter best (dewan bahasa jangn marah mama ye)
Lakunan Scha hidup, ceria, menjadi dan cun. Lakunannya samapi dan emosinya sampai kepada penonton. Scene sedihnya dengan suara harimau tu pun jadi. Scha lebih bagus dari Diana Danielle dan Fasha Sandha. Syabas Scha. Actress yang should watch out.

Over all KL DRIFT 2 menghiburkan dan aksinya mendebarkan selain akting yang bagus kecuali Syamsul, buzen terutama sekali Hetty..henti je lah berlakun Hetty!!. Dan jika adegan perbualan membosankan itu di tukar pasti KL DRIFT 2 Ssebagus BOHSIA as a film.

Syabas Syamsul Yusof. Selain wajah yang hensem hehehe..hensem ker?..beliau memang berbakat sebagai pengarah malah lebih bagus dari Pierre andre yang dah jatuh teruk, lebih baik dari Farid, idham, hatta dan beberapa lagi.

Betul lah kata LIYANA JASMAY, Berilah 5 tahun lagi, Syamsul akan menjadi pengarah hebat.

Kini tak sabar tunggu Khurafat la pulak.

Again...syabas pada Aaron, remy. scha , farid, Syamsul as pengarah dan star of the film...Shaheizy Sam.

MAMA TAUGEH say...cheeeeeeeeeeeeeeeees..