hai...saya mama hiburan..selamat datang

hai...saya mama hiburan..selamat datang

SATELIT MAMA

Selamat Datang ke dunia hiburan satelit percuma mama hiburan di SATELIT MAMA.

Bersama rakan setugas...

1)MAMA TSUNAMI- ruangan mengkritik n mengutuk. Dia ni memang tak takut. Kaki mengutuk, mengkritik, kaki mengumpat kaki meng adu domba serah kat dia lah. Belom berkahwin tapi tahi lalat di hidung makin membesar.

2)MAMA JELLY- pemberita bertugas sepupu karam singh wallia. Wan Zaleha Radzi adalah idola nya sebelum bertukar pada Karam singh. Suka make up, gedik tapi tak suka pakai seluar celana. Mencintai Zaibo.

3)MAMA TAUGEH- Compile segala carta top ngetop. Dia ni memang ratu carta. Hari2 kerja dia buat carta hampir setiap kategori. Dah jadi janda 7x.

4)MAMA INTAN PAYUNG- ruangan wanita muslimah. Pemalu, pendiam, lemah lembut dan sopan bersantun tapi suka ber shuffle di bukit bintang.

5)MAMA CILI API- ruangan apa lagi kalau bergossip. Segala cerita dia relevan kan,dia konspirasikan, imaginasikan,post mortem kan, inter frame kan dan menghubung kait kan. Memang kelas dia ni. Badan kecik tapi mulut ya ampun besar.


Apa apa pun Anggapan mu ehh anggap lah satelit mama ni sebagai hiburan ringan2 bersantai2 bersama diri masing2 di dunia fana yang stress ni.


Akhir kata dari MAMA HIBURAN sebagai ketua editor kami ni tak suka mengorek, kami sekadar melapur lagi pun mama ni sekadar di pinggiran ehh mama ni hanyalah bloggers mee segera aje. Huhuhu...


Daaa....

Pages

Saturday, April 3, 2010

HOT NEWS BERSAMA MAMA JELLY

SALAM 1 MALAYSIA BERSAMA MAMA JELLY (2 APRIL 2010)

1) DIN BERAMBOI MENINGGAL DUNIA DI HOSPITAL SELAYANG.

Mama Jelly sangat terkejut dan sedih dengan pemergian Allahyarham Din Beramboi yang meninggal akibat serangan demam denggi berdarah. Ramai yang berkonsi rasa dengan mama jelly kerana Din Beramboi merupakan seorang pelawak tulin yang sangat berbakat, banyak idea gila2 dan sangat spontan dalam menghidupkan sesuatu suasana hinggakan di ERA si Aznil tu pun tak henti2 ketawa dek telatahnya.

Din memang sudah lama di dalam dunia seni tetapi semenjak ASTRO memberi peluang kepadanya, beliau berjaya menambat hati ramai pendengar ERA dan penonton ASTRO untuk meminatinya. Dari riuh pagi di era, wuhai beramboi, mandi dan raja lawak beliau menjadi sangat popular hingga tercalun di ABP BH 2009.

Selalu mama bersama mama hiburan naik kereta Picanto ke satelit mama sambil ketawa2 mendengar gelagatnya dan lawaknya di ERA...dan kini tiada lagi. Beliau sangat2 berbakat dan tiada di pelawak n penyampai yang lain. Lawak gilernya itu sangat menghiburkan.

Kini Aznil memerlukan pengganti atau idea baru untuk memeriuhkan pagi di ERA yang bersaing hebat dengan HOTFM AM krew. Astro juga kehilangan salah satu aset utamanya selain Aznil di Astro kerana banyak program membabitkan Din mendapat rating yang bagus.

Dengan pengunduran AC MIZAL di dunia pengacaraan dan hiburan, Astro dan Malaysia memang ketandusan pengacara yang boleh berlawak dan menghiburkan penonton. Tengoklah pengacara2 sekarang ni entah hapa2.

Aznil, AC, Din Beramboi dan Fahrin sekadar beberapa nama saja yang benar2 bagus.

Apapun AL FATIHAH buat saudara Din Beramboi dan salam takziah.

No comments:

Post a Comment