hai...saya mama hiburan..selamat datang

hai...saya mama hiburan..selamat datang

SATELIT MAMA

Selamat Datang ke dunia hiburan satelit percuma mama hiburan di SATELIT MAMA.

Bersama rakan setugas...

1)MAMA TSUNAMI- ruangan mengkritik n mengutuk. Dia ni memang tak takut. Kaki mengutuk, mengkritik, kaki mengumpat kaki meng adu domba serah kat dia lah. Belom berkahwin tapi tahi lalat di hidung makin membesar.

2)MAMA JELLY- pemberita bertugas sepupu karam singh wallia. Wan Zaleha Radzi adalah idola nya sebelum bertukar pada Karam singh. Suka make up, gedik tapi tak suka pakai seluar celana. Mencintai Zaibo.

3)MAMA TAUGEH- Compile segala carta top ngetop. Dia ni memang ratu carta. Hari2 kerja dia buat carta hampir setiap kategori. Dah jadi janda 7x.

4)MAMA INTAN PAYUNG- ruangan wanita muslimah. Pemalu, pendiam, lemah lembut dan sopan bersantun tapi suka ber shuffle di bukit bintang.

5)MAMA CILI API- ruangan apa lagi kalau bergossip. Segala cerita dia relevan kan,dia konspirasikan, imaginasikan,post mortem kan, inter frame kan dan menghubung kait kan. Memang kelas dia ni. Badan kecik tapi mulut ya ampun besar.


Apa apa pun Anggapan mu ehh anggap lah satelit mama ni sebagai hiburan ringan2 bersantai2 bersama diri masing2 di dunia fana yang stress ni.


Akhir kata dari MAMA HIBURAN sebagai ketua editor kami ni tak suka mengorek, kami sekadar melapur lagi pun mama ni sekadar di pinggiran ehh mama ni hanyalah bloggers mee segera aje. Huhuhu...


Daaa....

Pages

Sunday, April 25, 2010

REVIEW MAMA PADA KONSERT AF8 MINGGU KE 6 (lelaki)

Wah...wah...wah...hai.....

Mama benci mama benci mama benciiiiiii tengok jimmy tu bila la nak di tukar or berubah huhuhu ahh klupakan...mama nak review ni syyyyhhhhh......

IWAN NEGRI SEMBILAN

pELAJAR YANG malas malas malas malaaaaas....entah lah. Masa mula2 dulu dia yang paling menonjol dan kreatif ye la di tambah2 dengan darah campuran cina tapi aleh aleh dah jadi malas pulak, cina selalu rajin. Hmmm...dah campur noks. Mama rasa dia ni terkena sindrom ego n tergugat dengan Maulana.

Kerana mula2 dulu Iwan yang di puja puji di tambah dengan ke jambu an nya tu dan biasa lah pada peringkat umur sedemikian walau di mana pun seperti di kolej ke, sekolah pondok ke atau di pejabat ke ataupun di padang bola...bila ada seorang lelaki hensem di puja puji, dia akan rasa bangga dan perasan di antara teman2nya yang lain dan tiba2 bila ada seorang lelaki lain pula datang dengan pakej yang hebat juga malah di puja puji mengalah kan dia, dia akan rasa jelez dan tercabar. Ada dua pendekatan yang akan di ambil. ( WAH MAMA ALA2 PAKAR SAIKOLOGI NI) Ehh mama pernah mabik course taw. Ok..... So 1) Sama ada dia akan melawan dan buat lagi bagus atau ke 2) Dia akan mengalah dan tidak bersemangat lagi dan biarkan saja yang baru tu terus dapat attention.

Dan itu lah yang di buat Iwan. Nyayiannya dan persembahan nya sangat malas dan macam tak berkuasa nak bertanding dan nak cepat2 keluar nak masuk tv, drama ke majalah je jonon ingat dah ramai peminat bila tengok org terjerit2 kat dia dalam dewan tu. Hmmm satu sifat yang lemah dan tidak wajar di contohi.

Mama suka dia terutama bibir dia tu, mama sangguplah di gigit tabuan baru2 ni tapi di gigit kat pinggul mama pulak langsung tertonggek.

Anyway harap Iwan ubah sikap dan pendekatan jika nak maju.

PROSPEK: 1) MUNGKIN TETAP DI AMBIL OLEH KRU STUDIOS.
2) Mungkin berlakun la sikit2 dalam drama terbitan astro.


DAUS SARAWAK

Cute dan jambu macam Iwan. Dapat undian free macam Iwan dek wajah jambu dari the girls. Beza Daus dengan Iwan ialah:

Suara Iwan lagi sedap dari Daus.
Iwan walaupun boncit tapi lebih tinggi dari Daus

TETAPI

Daus lebih rajin dan lebih berusaha dari Iwan.
Daus lebih ghairah di pentas dari Iwan.

Cuma masalah Daus ialah dia selalu tersalah direction. Selalu over do lagu dan showmanshipnya. Terlebih hyper dari lagu dan itu bermakna Daus tak feel lagu tetapi cuma excited dan lebih ghairah untuk perform. Expressi wajah Daus selalu tak kena dengan lagu dan sering membuat gesture movement yang salah dan tak tepat.

Tone placement tak kena dan sering tak forward vokal. Wah gitu!!

Iwan dan Daus kena tunjuk ajar ala tentera ke atas mereka dan orang yang paling sesuai ialah Ramli MS dan Tiara jacquelina.

Tak pasti DAUS DAN iWAN AKAN MASUK final ke tak. Bergantung kepada nasib dan undian THE GIRLS.

PROSPEK: Boleh buat boyband bergabung dengan Iwan dan Dafi.


SHAHIR PERAK

Had ni mama suka jugak kerana hensem dan jantan pemalu tapi lucu. Mama geram dgn juri2 minggu lepais kritik shahir nyanyi lagu papa rock tu. Huhuhuhu...mama ingat akan melahar tapi mdia yang kene lahar. Kesian mama tengok muka dia macam nak nangis langsung dah tak kisah lagi dah dgn lagu insaf2 tu rasa macam nak cabut rambut Syafinaz.

Depa ni ajaq salah kat Shahir ni. Ajar la segala rasa, merangkak sampaI kene rejam dgn Que ni segala bagai tapi tetap gagal. Ogy akan suka n puji Shahir semalam. Kerana mama tahu kenapa, apa yang Shahir buat tu ialah very teater sangat. Sapa suruh teresak2 atas tu macam zaman2 Noor kumalasari nyanyi sampai ber air studio rtm dulu nih. Ni pertandingan nyanyian noks.
Sepatutnya depa kena ajar dia how to kawal vokal dan hebatkan vokal dia la lagi agar memukau penonton dan penonton sendiri yang akan nangis. Silap strategi. Cian Shahir.

Tapi mama puji dia..sangat rajin, dedikasi, tak over dalam diari, humble dan suka menolong dan tak perasan. Ada sedikit ciri2 Faizal Ramly. Vokal jantan cuma perlu kuatkan lagi keyakinan diri dan keyakinan diri di samping personality menarik. Shahir kena usaha dan terus perbaiki personality dan kuatkan vokal. Salah salah cara ajar team Norman. Norman KRU pulak nampak macam kedekut ilmu. Tiara lagi bagus.

Ada kemungkinan juara, top 3 dan pasti ke final. Shahir sedang no 1 sekarang dan di umpamakan sebagai pengganti Mawi bagi muslimah2 desa.

PROSPEK: Boleh menjadi artis yang baik walaupun ada kemungkinan would end up macam karier sepi Ebi, Faizal, Aswad, Felix, Haziq dan Lotter walau ke final. Terpulang kepada rezeki nya jika bijak mencari ruang selepas ini.

MAULANA JOHOR

Maulan ni bagus student, rajin dan selalu usaha menjadi terbaik walau mama sedikit kurang suka dia tapi persembahan, komitmennya dan kerajinan nya menjadi dan menyerlah di pentas.

Dia kurang hensem dan sebab itu lah bukan pilihan otomatis pengundi dan the girls di tambah dengan sikap kuat menangis tersedu sedan mengalahkan Neng Yatimah...mula2 mama ingat dia cucu Neng Yatimah tapi rupanya anak S Mariam.

Tapi showmanship dan vokal menarik hya sering menyelamatkannya dari tersingkir. Bagus student walau ada kekadang nampak macam poyo sedikit tapi ok ok je tak lah melampau sangat.

Kekurangannya ialah gaya. Maulana memang tiada gaya umpama Ramlah Ram aiyo kesian dia macam macam mama kata kat dia. Iya noks dia tu macam apa org bagi dia pakai tapi macam tak kena dan tak sesuai..nak kata kampung tak jugak dia kan dari Johor. Tapi entah lah itu memang kekurangannya yang terbesar. Dan bila menari walaupun dia pandai menari tapi nampak lucu dan tak stylo macam Adam or Stacy. Entah lah cian Maulana tapi itu kelemahan ketaranya iaitu tak de gaya dan busana macam tak kena.

Sebab itu lah dia sering di zon bahaya kerana kurang peminat walau show baaguz.

PROSPEK: Bakal juara atau top 3 atau final.
Tapi nasib nya selepas terkeluar kurang pasti walaupun beliau seorang versatil tapi nasibnya di jangka seperti Zahid atau Kaer atau Khai je kot. Suam suam sejuk. Ramalan mama je noks. Beliau tak se komersil Akim dan Aril.

SEKIAN. Ini hanya pandangan dan jangan lah kecil hati k....

Friday, April 16, 2010

VASS TO MAYA N VANIDA N LISA SURIHANI


HOT NEWS DARI MAMA JELLY

Wah wah waaaah.....vass betoi si maya n vanida ye meletop letop jadi duta produk kelas. Baguslah tu...tahniah.

1)MAYA KARIN GANTI ZIANA ZAIN

Si Maya walaupun tewas pada Liyana Jasmay baru2 ni di ABP 2009 tetap dapat kepercayaan boss VONO untuk jadi duta nya menggantikan Ziana Zain. Kenapa Akak Ziana dah sakit tulang belakang ke? Tapi ye la kan takkan nak tidur dengan muka sama je, mama pun kalau nak tidur mama suka tukar2 teman ehhh...isss..oh my brad pitt. Tukar2 duta, baru lah nampak fresh.

Maya yang sedang bersedih di atas perpisahan dengan suaminya dan kekalahannya di ABP kini tersenyum terubat jugak ar dengan perlantikkan duta ni.

Selain VONO, Maya juga duta celcom, loteal dan nescafe. Kelas maya. Tak sabar tunggu Maya dalam filem cun arahan pengarah yang cun Osman Ali.

Sebenarnya MAMA TSUNAMI ada cerita gempak pasal Maya. Kalau nak tahu sila taip MAHU di ruangan komen.

2) VANIDA IMRAN JADI DUTA SK2

Ha ah noks, Vanida jadik duta SK2 sesaing gong li dan lain2 bintang antarabangsa. Kelas ko Vanida. Setelah sepi sekejap dari jadi heroin n cameo cameo film2 melayu, Vanida terus di sambar jadi duta SK2 yang sepatutnya status Erra Fazira yang lebih sesuai sebagai primadonna filem melayu tetapi Erra tak bijak mengatur kariernya selepas Syed (ex pengurusnya dulu) hilang.

Anyway tahniah Vanida yang memang bijak mengatur strategi untuk terus kekal di TOP 5 aktress bernama besar.

3)LISA SURIHANI TEPIS FASHA SANDHA

Dan yang ni pula Lisa gantikan tempat Fasha untuk duta Garnier. Agak nya Garnier tak mahu kena boo kot. Tak pe Fasha..sabar je....

Tahniah buat Lisa.

k.......MAMA JELLY

TAK TENGOK SEMERAH CINTA STILETTO

Maaf buat pembaca pembaca blog mama ni. Dah lama mama off day alah biasa lah noks mama g suntik botox ehh opps sori ok...mama g suntik vaksin H1N1 ehh bukan suntik Vitamin C. dUA DUA SEKALI LA TUH.

Ni hah ramai yang bertanya mama untuk tahu pendapat mama dah tengok semerah cinta stileetto ke belum. Dorang nak tunggu review mama. tq tq tq tapi mama tak sempat tengok dan tak tergerak dada nak tengok hmm entah lah tapi memang tengah sibuk ni. Tengok lah jika ada kelapangan mama g tengok dan bagi review kat uols ye.

Mama sebuk dok bergaduh dengan mama mama lain pasal AF8 NI hehehe.

Apa pun uols tengok lah SEMERAH CINTA CASTELLO EHH stiletto best kot. Mama rasa macam mmmmmm..........heheheh...

ok...mama nak g press komperen habib jewel jap hehehe. ciou

Thursday, April 8, 2010

ASTRO KEHILANGAN 4 ASET UTAMA NYA

Salaaaaaaaamz.......

walla...seronok kita berbicara dan berkomen tentang ABPBH 2009 yang baru lepas. Mama pun tak kurang ber kepoh sampai sakit2 tekak mengutuk itu ini hehe. Lantas mama teringat AF8 semula dan mengenangkan nasib Astro bila kehilangan Din Beramboi.

Di analis semula bila Din Beramboi meninggal, Astro bukan sahaja dah kehilangan salah satu tarikan utama di salurannya tapi turut kehilangan 3 lagi aset nya iaitu AC Mizal, Mawi dan Linda Onn. Tinggal lah Aznil, Aaron Aziz, Sarimah Ibrahim dan Erra Fazira di samping Mila, Stacy dan Akim.

Selain Aznil, hanya Din b dan AC Mizal yang betul2 berjaya dengan program mereka sendiri dengan bermusim2 dan rating tinggi. Sarimah tiada prog sendiri lagi kecuali AF8 dan The biggest loser asia yang masih merupakan macam ujian buat Sarimah. Jimmy Shanley lagi teruk. Kualiti pengacaraannya dalam diari amat merimaskan dan dalam konsert sangat2 teruk. Astro patut lepaskan aje Jimmy yang dah puas di beri peluang. Awal Ashaari dan Fahrin Ahmad lebih bagus.

AC Mizal dengan AC Disini nya dan Din B dengan wuhai, mandi dan lain2 malah meletup di ERA hingga masuk top 5 dj. AC Mizal seolah2 nak bersara untuk fokus pada syarikatnya. Astro sekarang memang ketandusan pengacara sekarang. Namun mama percaya Astro bijak memilih walau gagal dalam pemilihan Jimmy tapi Astro lah yang mengcungkil bakat pengacaraan AC dan Din B.

Aaron dan Erra lebih kepada tarikan drama tetapi Astro patut mencuba bakat mereka berdua kerana mereka sangat popular dan menarik. tapi jangan lah suruh Erra jadi pengacara futball tu. Rugi ajer. Erra kena terus maintain glamour begitu juga Aaron.

Astro juga rugi kerana melepaskan Linda Onn. Linda lebih bagus jauh lebih bagus dari Dina, Nana, Adifashkla, Reza, burn, Ray yang entah hapa2 bila bercakap. Tak menarik, tak mencuit hati dan tak tau isu. Dan sekarang ERA SEMAKIN JATUH.

Dengan kejatuhan Mawi sekarang apatah lagi di benci oleh peminatnya sendiri dan di boo baru2 ini, Astro memang sedikit tergugat untuk menarik peminat dan penonton untuk melanggan siaran berbayar nya itu. Astro harus pantas mencari idea dan strategi terbaru untuk kekal relevan. Dengar nya nak melamar Remy Ishak. Satu cadangan yang bagus.

K lah mama hiburan sakit perut la pulekkkkk

Daaaa

Monday, April 5, 2010

HEBATNYA SITI, JATUHNYA MAWI

WAH WAH WAH......mama sangat gembira terlonjak lonjak macam lepas jaringkan gol kat futsal je bila Dato Siti meniang....auw suka mama. TAHNIAH DATO T.

Siti memang satu2nya artis contoh kepada kita semua di bidang hiburan mahupun pada kehidupan harian kita di lain latarbelakang. USAHA, TAK SOMBONG, KREATIF, BIJAK, MERENDAH DIRI, BERBUDI PEKERTI DAN SENTIASA BERSYUKUR adalah ciri2 yang Siti ada samada dia sendiri sedar ataupun tidak tapi itulah Siti Nurhaliza. Dia umpama Madonna Malaysia yang lebih sopan lah kerana beliau sentiasa move on, cari benda baru, composer baru, berani dan yakin dengan diri dan prinsipnya. Dari menggunakan nama penuh hinggalah tak mahu bergambar dengan jantan, tak mahu skirt, tak mahu bergambar tepi kolam renang, tak mahu berlakun walau di offer satu juta adalah contoh ketegasan siti pada prinsipnya.

Yang lain2 tak payahlah mama cerita semua orang tahu. Cerita Siti umpama satu hikayat or lagenda yang akan di turun temurunkan kehebatannya. Tidak dengki, tidak tamak, tidak kedekut senyum dan ilmu di samping sentiasa bersabar adalah sifat yang mulia dalam islam. Mama pun cuba jadi seperti Siti hahahah.

Siti dari zaman Adnan, dia cepat menukar komposer dari seorang ke seorang menggunakan trend dan musim terkini seseorang komposer itu. Di situlah kebijaksanaan Siti dan sekaligus membuktikan versatalitinya. Bila Aubrey suwito naik, Siti approach dia, Begitu juga bila Melly, bila Audi Mok naik, dia approach dan sekarang tgh zaman indie, Ct berani berduet dgn Azlan meet uncle hussein sekaligus mengumpulkan peminat muda yang baru dan begitu juga bila CT mendekatkan diri dengan 2 artis berbakat besar iaitu Aizat dan Faizal Tahir. Ct memang born bijak dan stratergists. Ct juga pernah bekerjasama dgn KRU, Too phat, KD dan lain2.

iTU SEMUA MEMBUATKAN CT sentiasa baru dan refresh dan peminat baru2 akan terpesona padanya. SYABAS CT DAN TEAMNYA SNP. BBayangkan hingga kini masih belum tergugat. Datanglah segala Dayang, misha, jaclyn,adibah, mila dan Stacy..ct tetap unggul.

Tak tahulah kenapa ada orang2 yang dengki dengan dia mengatakan ct patut beri peluang lah, beri laluan, hello..... ini adalah pertarungan terbuka, siapa bagus dialah terunggul.

DAN PADA MAWI TU....henti2 kanlah hidup dalam fantasi. Cuba lah berusaha, belajar, jangan sombong, belajar vokal, belajar pr dan perbaiki diri dgn mencontohi sifat2 yang bagus. Jangan lah cepat berpuas hati dan malas belajar. Tengoklah ct dari hari ke hari vokalnya makin mantap.
Jangan lah MAWI menuduh kononnya dah sampai masa jatuh or mengeksploitasi pepatah roda berputar satu hari jatuh juga. Jika jatuh pun biarlah jatuh bermaruah. Bukan jatuh kerana sifat alpa anda dan produk yang semakintiada kualiti dan tidak berkembang.

Mama teringat masa dulu2....Dulu masa belum popular Siti pernah berniaga kuih ke nasi lemak di flatnya di Kuala Lipis tapi Mawi pula sedang tidur berbaring di rumahnya bila team Astro datang untuk ke AF3.

Bak kata Nabil.....ko pikirla sendiri nyah!!!!

Saturday, April 3, 2010

SPEKULASI ABP BH 2009 ESOK!!!

PELAKUN LELAKI POPULAR?

Mama harap Aaron Aziz tapi Que haidar menjadi saingan terkuat.

PELAKUN DRAMA LELAKI POPULAR?

Saingan sengit di antara Fizz Fairuz dan Remy Ishak gara2 Nur Kasih. Saingan terkuat adalah Aaron Aziz yang konsisten popular di Astro melalui beberapa drama nya yang hebat.

PELAKUN WANITA POPULAR

Maya Karin VS Liyana Jasmay yang kini menjadi gilaan peminat remaja.

PELAKUN DRAMA WANITA POPULAR?

Mama harap Scha Al Yahya yang tersangat meletup dengan drama Awan Dania nya dan yang terbaru KITA yang hanya di tonton oleh penonton Astro tetapi Tiz Zaqyah di TV3 dengan Nur Kasihnya juga memberi saingan sengit.

PENYANYI WANITA

Mama sangat suka Siti dan Stacy namun Siti akan tetap unggul. Tapi Stacy boleh berbangga dengan pencapainnya kini. Misha, Dayang tersingkir. Syabas buat Mila juga yang berjaya ke final.

PENYANYI LELAKI

Mama harap Aizat atau Faizal Tahir. Beri lah peluang kepada yang benar2 berbakat.

PENGACARA TV LELAKI N WANITA

Mama harap Aznil dan Sarimah bisa singkirkan Fafau yang so tipikal berbanding Sarimah yang dah sampai ke Asia.

DJ RADIO POPULAR

Pun mama harap Aznil kerana lebih bijak dan prihatin dan bertanggungjawab dari Faizal ismail yang lebih tertumpu ke remaja sahaja dan topik entah apa2 tiada manfaat sangat. Berbanding Aznil yang kreatif dengan pelbagai idea dan isu selain di sukai pelbagai peringkat umur.

Dj wanita fafau ok lah jugak kerana saingannya tiada yang hebat kecuali Linda onn yang sebenarnya bagus sebagai seorang DJ kerana suaranya, teknik bercakap dan lain2 tapi di spoil kan oleh over cerita peribadi yang merimaskan. Fafau pula seperti Faizal ismail yang lebih sesuai untuk pendengar remaja sahaja.

PELAWAK POPULAR

Mama harap Afdlin atau Zizan. Wanita pula Kenchana Dewi atau Didie Alias lebih layak. Hairan juga kerana Sharifah Shahira tak masuk final.

ARTIS BARU

Mama harap Akim kerana lebih layak kerana sememangnya popular dan begitu juga Yuna.

Apa pun mama harap Siti Nurhaliza atau Aizat, Faizal tahir, Aznil boleh membawa pulang anugerah paling popular...jangan lah Si Nabil atau Fafau tu walaupun tak mustahil jika ada konspirasi belakang tabir yang kita tidak tahu.

Rezeki siapa?

SENARAI TERBARU ARTIS MALAYSIA MENJADI DUTA PRODUK MELETOPS AJE

ANALISA MAMA HIBURAN.

Senarai artis yang menjadi duta produk popular terbaru dan terkini setakat april 2010 ini.

LELAKI

1)AARON AZIZ----------------Celcom/Loreal
2FAHRIN AHMAD----------- -Celcom/Garnier/Shell
3)AWAL ASHAARI------------Roscani
4)ROSYAM NOR----------- - -Power root
5)AKIM----------------------- Brands/ Walls
6)MAWI-----------------------Marrybrown
7)DAFI------------------------ Silky Men
8)BUNKFACE------------------TM Net


WANITA

1)SITI NURHALIZA-----------Jusco
2)ERRA FAZIRA---------------Slim world
3)MAYA KARIN---------------Celcom/ Loreal/ Nescafe
4)LIYANA JASMAY-----------Maybelline
5)FASHA SANDHA------------Garnier/ Habib jewels
6)NUR FAZURA---------------Nutox/ Avon
7)NING BAIZURA-------------Olay
8)FAFAU----------------------TM/ Jacobs
9)SHARIFAH AMANI----------Silky girl
10)SCHA AL YAHYA-----------Bio Essence/Silky shine/ Carefree
11)DIANA DANIELLE----------Nano White
12)DYNAS----------------------Safi Balqis