Wah...malaysia pun ada fantastik 4 taw..sapa lagi kalau bukan...SCHA AL YAHYA, DIANA DANIELLE, LIYANA JASMAY DAN LISA SURIHANI.
Mereka berempat sangat hebat, popular, glamour dan meletup dgn film2 baru dan duta produk. Malah depa 4 ni lah yang di canang2kan sebagai primadonna film melayu terbaru selepas OGY, ERMA FATIMA DAN ERRA FAZIRA.
1)SCHA AL YAHYA.
baru pas meletup dgn film KL drift2 dgn kutipan 6juta. Meletup dgn drama Awan Dania dan KITA. Film2 terbaru sebagai heroin ialah Libas dan awan dania the movie. Dan menjadi duta produk Carefree, bio essence dan silky shine. Harap tak terlibat kontroversi lagi dan cuba avoid berlakun watak ala ala Dania forever. Takun org bosan loh.
2)DIANA DANIELLE
Baru pas meletup sikit dgn film Kecuh betul. Namun tawaran menjadi heroin film Hanyut bersama hero prison break tu telah menangkat potensi dan ranking Diana. Selain tu bakal muncul sebagai heroin dalam film magika dan dalam botol. Duta produk NanoWhite. Cuma lakunan masih sedikit kayu manis.
3)LIYANA JASMAY
Atau LJ ni memang dah popular lama cuma baru2 ni je meletup mengalahkan maya karin. Bab lakunan, LJ paling vast cuma personaliti yang kurus kedeping tak cukup meyakinkan sebagai heroin cantik tapi ok lah tu asal menang pelakun terbaik dan popular sudah. Baru pas meletup dgn film niyang rapik. Bakal muncul dlm film2 gred A seperti misteri jalan lama, khurafat, KL Gangster dan awekku pontianak. Theres nothing stopping LJ setakat ni. Di samping turut menjadi duta Gred A,Maybelline New York. Cuma lupakan je lah keinginan nak menyanyi dan please kurang kan gediks.
4)LISA SURIHANI
Fuhh..meletup2 dgn Lagenda budak setan di samping kualiti lakunan yang banyak improve. Pencabar terkuat LJ. Lisa lebih cantik dan berkarisma sebagai heroin. Bakal muncul dalam film zoo dan lain2 keluaran Metrowealth. Duta produk terbaru Garnier. Cuma kena bijak memilih watak dan film. Takut jadi tajuk je banyak tapi kualiti hampeh.
Anyway, fantastik 4 ni lah yang telah mengkuburkan sedikit nama2 Fazura, Fasha Sandha, Rozita che wan, Dynas,Rita Rudaini, Nora Danish,Lisdawati dan paling teruk terjatuh ialah Sh Amani.
Dan yang lain2 tu macam Intan ladyana, fouziah gous, almy nadia, ayu raudhah, sari yanti,Raja Farah, yasmin hani dan berlambak lagi tu kena lah terus perbaiki lakunan dan hiasi diri.
Tapi WATCH OUT dgn TIZ ZAQYAH dan NUR FATHIA.
Tapi ERRA, NASHA AZIZ, MAYA KARIN DAN UMIE AIDA akan tetap berada dalam legasi aktress heroin gred A yang tersendiri pada zaman mereka sama seperti Azean irdawaty, Noor kumalasari, Ogy dan Erma Fatima di zaman mereka.
Popular, cantik, menang award terbaik dan popular,film box office, kualiti lakunan hebat dan power star adalah kunci menjadi PRIMADONNA.
Kita tunggu dan lihat siapa yang kena.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment