hai...saya mama hiburan..selamat datang

hai...saya mama hiburan..selamat datang

SATELIT MAMA

Selamat Datang ke dunia hiburan satelit percuma mama hiburan di SATELIT MAMA.

Bersama rakan setugas...

1)MAMA TSUNAMI- ruangan mengkritik n mengutuk. Dia ni memang tak takut. Kaki mengutuk, mengkritik, kaki mengumpat kaki meng adu domba serah kat dia lah. Belom berkahwin tapi tahi lalat di hidung makin membesar.

2)MAMA JELLY- pemberita bertugas sepupu karam singh wallia. Wan Zaleha Radzi adalah idola nya sebelum bertukar pada Karam singh. Suka make up, gedik tapi tak suka pakai seluar celana. Mencintai Zaibo.

3)MAMA TAUGEH- Compile segala carta top ngetop. Dia ni memang ratu carta. Hari2 kerja dia buat carta hampir setiap kategori. Dah jadi janda 7x.

4)MAMA INTAN PAYUNG- ruangan wanita muslimah. Pemalu, pendiam, lemah lembut dan sopan bersantun tapi suka ber shuffle di bukit bintang.

5)MAMA CILI API- ruangan apa lagi kalau bergossip. Segala cerita dia relevan kan,dia konspirasikan, imaginasikan,post mortem kan, inter frame kan dan menghubung kait kan. Memang kelas dia ni. Badan kecik tapi mulut ya ampun besar.


Apa apa pun Anggapan mu ehh anggap lah satelit mama ni sebagai hiburan ringan2 bersantai2 bersama diri masing2 di dunia fana yang stress ni.


Akhir kata dari MAMA HIBURAN sebagai ketua editor kami ni tak suka mengorek, kami sekadar melapur lagi pun mama ni sekadar di pinggiran ehh mama ni hanyalah bloggers mee segera aje. Huhuhu...


Daaa....

Pages

Wednesday, March 31, 2010

AF8 SUAM KE?

Huhuhu ramai yang kata AF8 kali ni dah betul2 suram dan hening. Betul ke? Kalau dulu ramai wartawan kata demikian tapi ramai yang membacking dan menyangkal pendapat berkenaan tapi tahun ni seolah2 ramai pula yang seperti dah menyetujuinya.

Ramai yang kata kali ni dah betul2 suam malah sejuk terus. Hmm..entahlah nak kata salah siapa wal hal excited nya kehadiran AF8 ni tetap macam AF AF yang dulu tapi setelah konsert ke2, af 8 NAMPAK PALING LAMBAT PANAS.

Sedangkan pelajar2nya yang paling ada pakej secara keseluruhan dan vokal yang sama rata..tak lah macam dulu2 mesti 3 or 4 pelajar yang hazab teruk vokalnya mengalahkan mama.

Maloah diarinya paling menghiburkan dan tiada kontroversi setakat ini berbanding AF7 dengan kes Rini bertengkar dengan dak lelaki, AF3 dengan kes Amylea, reza, idayu aiyo amma appa. AF6 dengan kes walaupun Riz dan mama Rina, AF2 mAS DI BALING KERUSI EHH PEN LAH.

AF5 dengan Dekna gedik tapi AF8 ni paling best dan ceria too watch tapi bila too nice jadi tak meriah pulak kot. Hmmm....

Tapi yang sebenarnya yang memuramkan AF8 ni yamg mama kesan dan melalui bancian...hehe bancian tau bukan survey...ramai yang kata sebab

1)pengacara tak best langsung terutama jimmy
2)format debaran tu entah hapa hapa
3)format 2 pengacara
4)muzik hazab sedap lagi band kat kelab dangdut mama selalu berlenggeng "tairu bar"
5)tiada lagi intro ceria di mana sorang2 pelajar berlari2 anak dengan tagline nya
6)pentas yang suram, kusam, sempit dan tak meriah dah ala2 bintang rtm dah
7)dan yang paling masih tanda tanya adakah kerana Norman KRU yang di lihat seperti berada di bengkel motor atau kereta seperti tiada karisma sebagai seorang pengetua?

Hmm penat dah kepala mama membanci2.

Apa pendapat anda?

Thursday, March 25, 2010

komen v3 samseng jalanan

Semalam mama pergi la tengok filem V3 Samseng jalanan. Hmmmmm......sebebarnya ok ok la jugak walaupun mama sempat bersms sms dengan mama lain n blogger lain yang dah bertaraf seniwati. Filem ni tersangat2 sesuai untuk hiburan mat rempit dan seangkatan dengannya. Mama yang dah menjelang twillight ni dah agak mamai sikit asyik menguap la pulak. Tapi dulu mama tengok rempit, bohsia, kl drift 1,anak halal mama segar bugar la pulak.
Curios mama.Mungkin film V3 ni agak kureng sikit kot. Anyway tahniah pada Farid Kamil yang berani dan mama lihat seorang anak muda yang sangat berbakat dan passionate dengan seni. Baguslah cuma ilmu masih belum kuat di dada. Maaf Farid ye. Sebab film seharusnya di terima oleh setiap genap lapisan bukan untuk golongan tertentu sahaja.
walaupun cerita, teknik, skrip dan lain2 kureng tapi lakunan not bad walau Farid n Bront tak nampak rempit tulin. Lisa Surihani memang kelas. Aqasha pula ala ala johnny depp dalam pirates. Intan pula perlu memantap kan lagi lakunan nya walau ada sedikit peningkatan.
Pendek kata film ni tak menyentuh perasaan dan kurang feel selain kurang faham.
Tapi yang penting maybe target market nya sampai. Ye lah semalam yang duduk sebelah mama pun mat rempit gak. Berderau darah mama bercelaru.
Baik lah....pada Farid jangan putus asa. Anda juga perlu memantapkan lagi lakunan anda sebelum pergi ke dunia pengarahan kerana Shaheizy Sam tersangat2 melonjak populariti n prestasi lakunannya amat hebat. Lakunan Sam sangat hebat, selamba dan versatil...sesuatu elemen yang tiada pada Farid dan beberapa aktor lagi.
kOMEN IKHLAS DARI MAMA.

Nanti2 mama komen lagi film2 melayu sebelum2 ni kalau sudi baca n mengikuti.